Bismillahirrahmanirrahim..
Lama tak menjenguk ke sini.. macam bz, sibuk beraya [yeke? hehe], and mood hilang untuk ber'blog' buat seketika. Aasif..
Untuk renungan..
Sebuah Bingkisan
Natalia Sadiqova Ebrahimi
Saudaraku, aku terasa baru semalam kita bertemu. Menyusun langkah-langkah, menanam benih-benih da'wah dan tarbiyyah. Walau sesekali di tiup angin cabaran yang berupa halangan, engkau dan aku tetap utuh di jalan itu. Itulah kenangan terindah buatku. Saudaraku, kecintaan kita bersama terhadap Ilahi bagiku adalah kedahagaan yang paling ni'mat. Kita bersama mendayung bahtera penyelamat ke sebuah pantai kedamaian. Saudaraku, ternyata masa itu telah berlalu. Aku yang masih disini mencari sebuah kekuatan baru didalam perjalanan ini. Aku tahu suatu waktu dahulu hatimu terluka. Darah merah mengalir disana. Engkau memendam seribu rasa dukacita. Namun saudaraku, hidup ini perlu diteruskan, duri-duri dijalanan bukanlah sama ketajamannya. Mereka yang tinggi imannya akan dikurnia dengan cabaran yng lebih hebat. Jika engkau mengetahui akan hakikat ini, simpankanlah sebuah doa di seluk poket hatimu buat aku yang dilanda ombak derita. Semalam aku membaca sebuah ayat terindah, bahawa tuhan menguji hambanya sesuai dengan kemampuannya.
Ikhwah wal akhawat;
Salam Eid Mubarak.
Semoga kita tetap teguh di jalan-Nya.. Ameen.
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment