Sep 30, 2006

Trust

Qur'an:
Say: "Nothing will happen to us except what Allah has decreed for us: He is our protector": and in Allah must Believers place their trust.
-Surat At-Tawbah 9:51-


[Lessons from this Verse]
Whatever tests you are going through today, Allah knows it. He is your protector. Turn to Allah in submission and worship, placing your trust in Him, and watch what happens!

dah seminggu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah berlalu seminggu Ramadhan.. berape banyak dah amalan yang kita dah buat?
Sikit? banyak?

Muhasabah cepat sebelum habis Ramadhan.. jangan tinggalkan ramadhan tanpa improvement.

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

Hadis Sahl bin Saad r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa. [Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim:1838]

Peluang hanya sekali setahun.. jangan lepaskan!

Wallahua'lam...

Sep 25, 2006

.Allahu Rabbi, La Shareeka lah.

Hadith
Asmaa' bint Omays, radi Allahu 'anha, said: Allah's Messenger, sal Allahu alayhi wa sallam, told me, "Shall I not teach you words to say whenever you are aflicted with something? Say:'Allahu Rabbi (Allah is my Lord), Laa Shareeka lah (He has no partner).'" - Abu Dawood


[Lessons from this hadith]
The entire universe is the creation of Allah. When you find yourself aflicted by something, follow this advice of what to say and notice what happens. Allahurabbi, laa shareeka lah!

Sep 23, 2006

Marhaban ya Ramadhan!

Bismillahirrahmanirrahim...

Buat yang di Malaysia, 1 Ramadhan hari Ahad. Di US, puasa bermula hari Sabtu...

Maka, orang di US puasa dulu..

Selamat berpuasa semua
Raikan Ramadhan sebagaimana kita meraikan hari raya Aidilfitri..

Selamat menambah amalan
Selamat berperang dengan nafsu
Selamat meningkatkan ikhlas dalam diri kita..

Jangan sia-siakan Ramadhan dengan melepak2 depan komputer,
chatting yang tak perlu, surf website tak bermanfaat,
Sedangkan masa tu boleh diisi dengan qiraatul Quran..

Peringatan buat saya yang asyik dengan teknologi yang kadangkala melalaikan..

Gembiralah menyambut Ramadhan! =D

Wallahua'lam...

Sep 17, 2006

...Tafakur...

"Sesiapa yang lazim beristighfar kepada Allah SWT maka Allah akan menjadikan kepadanya setiap kesusahan baginya kelegaan dan setiap kesempitan baginya jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya tanpa berkira." (HR Ibn Majah)

Sep 16, 2006

Promosi Hebat Tak Ternilaikan

Bismillahirrahmanirrahim...

forwarded message..

Subhanallah. Ramadhan al-Mubarak. Akhirnya ia datang lagi. Nikmat dan rahmat yang tak terkirakan oleh Allah buat hamba2Nya. Sangatlah bertuah bagi mereka yang dapat membuat persiapan bagi menghadapi bulan yang mulia ini. Hendak dinyatakan manfaat dan kepentingannya, jawabnya, berjela-jela perlu dibaca coretan ini.

Secara ringkas, bulan Ramadhan bagaikan satu peluang keemasan bagi umat islam untuk mencapai matlamat ubudiyyah kita di dunia ini.

Bagaikan sebuah kompleks membeli belah yang sedang mengadakan jualan harga runtuh dengan pelbagai promosi yang hebat dan memukau mata. Diskaun diberikan pada kadar yang tinggi hingga membuatkan pengunjung terliur, rambang mata memilih apa yang hendak dibeli. Banyak hadiah juga diberikan kepada pengunjung-pengunjung yang bertuah apabila membeli pada kadar tertentu. Juga untuk mereka yang menjadi ahli, akan mendapat layanan istimewa beserta diskaun pembelian dan sebagainya.

Betapa istimewa peluang yang diberikan sehingga kompleks tersebut akan dipenuhi ramai pengunjung dalam penggal promosi tersebut. Pastinya pengunjung-pengunung tersebut tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Andai sedemikian sambutan kepada promosi jualan murah di kompleks membeli belah. Inikan lagi promosi yang Allah berikan buat umatnya. Pelbagai diskaun diberikan. Hadiah yang sangat tak ternilai. Setiap amalan yang dilakukan, digandakan pahalanya. Dosa-dosa diampunkan. Pintu syurga dibuka. Syaitan-syaitan diikat. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan pelbagai lagi hadiah dan promosi yang menarik menanti umat Islam di bulan Ramadhan al-Mubarak.

Tak cukup lagikah?

Ke mana agaknya hati-hati kita sekarang terikat. Ujian-ujian mid-term, assignment2(bagi pelajar2), projek2 dan sebagainya. Tolaklah ke tepi pemikiran sebegini. Kita hidup tidak lain untuk mengharapkan redhaNya. Melaksanakan ibadah asas tuntutanNya. Semua itu keperluan dunia tidak dinafikan. Tetapi, ruang yang luas ada untuk kita tumpukan perhatian agar dapat bersedia menghadapi kedatangan Ramadhan.

Ini antara masalah yang dapat dikenal pasti. Di mana kesedaran yang kurang akan adanya promosi istimewa ini. Malah ada yang menganggapnya tak lebih dari bulan yang kita perlu berpuasa. Sifir mereka hanyalah, Ramadhan=Puasa. Sayang seribu kali sayang.Lebih teruk dari itu, ada yang malah langsung tidak melaksanakan ibadah puasa. Dan ini benar-benar membawa kemurkaan ke atas mereka kerana meninggalkan salah satu kewajipan sebagai seorang muslim.

Masalah kedua pula, apabila dilaksanakan puasa itu tidak sesuai penetapan sunnah Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam. Apa signifikannya hal ini pula? Subhanallah,pastinya kesemua kita mengharapkan ibadah kita diterima Allah dengan sebaik-baik kualiti agar mendapatkan ganjaran yang dijanjikan. Dan antara syarat utama suatu ibadat itu diterima ialah apabila ia menepati dua syarat iaitu IKHLAS dan TEPAT.

IKHLAS: menumpukan seluruh perhatian atas ibadah kita hanya kerana Allah dengan ihsan

TEPAT: menepati apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah melalui hadis-hadis yg sahih

Nilaian ikhlas bukanlah sesuatu yang boleh diukur secara zahir. Namun kaedahnya mudah difahami dan insyaallah, kita doakan, martabat Ihsan itu menjadi milik kita. Namun, perkiraan akan tepatnya sesuatu ibadah diukur dengan ilmu. Tak boleh tidak, kita perlu memahami asas bukti bagi amalan-amalan kita agar ianya menepati sunnah yang diajarkan oleh rasulullah. Sedangkan kita tahu baginda yang diberikan wahyu dan diberi petunjuk sebagai contoh terbaik. Apatah lagi yang melibatkan urusan ibadah. Pastinya, cara bagindalah yang menjadi cara perlaksanaan yang Allah mahukan kita mengikutinya.

Sedar atau tidak, perkara ini juga amat dititik beratkan oleh rasulullah. Sebelah pihak yg tidak mengambil berat langsung. Dan sebelah lagi, melakukannya tidak seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah. Allahua'lam, kedua-dua pihak mungkin menghadapi beberapa kesulitan yang menyebabkan mereka sedemikian. Namun, hakikatnya, kedua-dua permasalahan ini perlu diberi perhatian.

Biar kita bersungguh-sungguh untuk melaksanakan ibadah puasa dengan ikhlas. Dalam masa yang sama, setiap ibadah kita usahakan agar mendekati sunnah nabi yang kita cintai.

Tidaklah Allah beratkan ke atas hambanya dengan sebarang amalan yang mebebankan.

Antara kekeliruan amalan di bulan puasa, sebahagiannya:

1. Betul ke tgh pose tak boleh masukkan apa dlm rongga2 badan, spt telinga dan sbgnya?
2. Betul ke makruh mandi lepas asar?
3. Kalau dah masuk imsak tak boleh makan lagi ek?
4. Nak kena lafaz niat ke?
5. Doa bukak puasa sebenarnya camne?
6. Kelebihan bagi setiap malam2 ramadhan?

Ini mungkin belum masuk persoalan ibadah qiamul-lail (solat terawih), dan sebagainya.

Subhanallah, Islam ini benar2 menuntut kita untuk memahaminya dengan ilmiah beserta sabar, ikhlas dan tawaduk. Tiada manfaatnya berselisih akan perkara2 di atas seperti yang sering berlaku kebelakangan ini. Lapangkan dada dan terima yang haq. Pastinya kita mampu menilai dengan rasional di atas hujah ilmiah dan menolak tepi unjuran emosi.

Kerana tunjang kesepakatan kita adalah tauhid kepada Allah. Dan pegangan utama kehidupan kita adalah kalam-Nya dan sunnah rasul-NYa. Dari situlah, kita bina kesatuan di atas perbezaan yang tidak dapat tidak, ianya tetap akan berlaku.

Insyaallah, kita doakan agar Allah sentiasa terus memberikan hidayah dan taufiq-Nya di atas jalanNya yang lurus ini. Dan kita dijauhkan dari maksiat kehidupan duniawi. Dan dikurniakan upaya untuk melaksanakan semaksima mungkin ibadah di bulan Ramadhan kelak.

Wallahu a'lam.Barakallahu fikum.

p/s: ini sekadar pandangan dhaif dari saya. salah silap harap ditegur.

www.qualitysunnah.blogspot.com
www.abulfadhl.blogspot.com
-----------------------------

Persiapkan diri masing2 untuk menempuh Ramadhan AL-Mubarak!

Wallahua'lam...

Sep 11, 2006

Once upon a time...

Bismillahirrahmanirrahim...

Aasif, sorry.. it's been a few days i didn't update this. A motivational story for us to analyze ourselves..

Have a good thought on this. Enjoy reading and give it a thought. This is a nice analogy, so take heed of the advice.

Once upon a time, there was a very strong man. He asked for a job from a timber merchant and he got it. The pay was really good and so were the work conditions. For that reason, the man was determined to do his best. His boss gave him an axe and showed him the area where he is supposed to work. The first day, he brought down 18 trees. The Boss was very much impressed and said, "Congratulations Go on that way!

Very motivated by the words of the boss, he tried harder the next day,but only could bring down 15 trees. The third day he tried even harder, but he could only bring down 10 trees. Day after day he was bringing down less and less trees. "I must be losing my strength", he thought to himself.

He went to the Boss and apologized, saying that he could not understand what was going on. "When was the last time you sharpened your axe?" the boss asked. "Sharpen? I had no time to sharpen my axe. I have been busy cutting trees.

The moral of this story: Our lives are like that. We sometimes get so busy that we don't take time to sharpen the axe. In today's world, it seems that everyone is busier than ever, but less happy than ever. Why is that? Could it be that we have forgotten how to stay sharp? There's nothing wrong with activity and hard work. But we should not get so busy and neglect the truly important things in life, like our personal life, taking time tocare for others, Taking time to read etc. We all need time to relax, to think and meditate, to learn and grow. If you don't take the time to sharpen the axe, we will become dull and lose our effectiveness. So, start from today, think about the ways by which you could do your jobmore effectively and add a lot of value to it.

Hope this story has given you some insight to life, may you be happy always!

"TO HANDLE YOURSELF, USE YOUR HEAD. TO HANDLE OTHERS, USE YOUR HEART"
---------------------------------------------------------------------------------------------

Wallahua'lam...

~Dosa~

Dosa melemah dan mematikan jiwa...
Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap.
Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."
Abdullah bin Mubarak berkata: "Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."

Sep 4, 2006

Apabila..

"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari mulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehingga ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang..."
-credit to Wana =)-

From the Qur'an

"It is part of the Mercy of Allah that you deal gentlywith them. Were you severe or harsh-hearted, they would havewent away from you: so pass over (their faults), andask for (Allah's) forgiveness for them; and consult them in theaffairs (of the moment). Then, when you have taken a decision, placeyour trust in Allah. For Allah loves those who place their trust(in Him)." 3:159

[Lessons from this verse]
It is not the snake bite that kills,it's the venom that flows through the blood. The antidote isforgiving people. Don't let anger rent space in your mind andheart. Forgive and pass over
people's faults.
-from forwarded email-

Sep 3, 2006

Islam

Islam is a way of life, try it. Islam is a gift, accept it. Islam is a journey, complete it. Islam is a struggle, fight for it. Islam is a goal, achieve it. Islam is an opportunity, take it. Islam is not for sinners, overcome it. Islam is not a game, don't play with it. Islam is not a mystery, behold it. Islam is not for cowards, face it. Islam is not for the dead, live it. Islam is a promise, fulfill it. Islam is a duty, perform it. Islam is a treasure (the Prayer), pray it. Islam is a beautiful way of life, see it. Islam has a message for you, hear it. ISLAM IS LOVE , LOVE IT!