Jul 15, 2007

Dah tutup tapi sebenarnya tidak??

Bismillahirrahmanirrahim...

Suruhan berhias dituntut tapi perlu kena pada tempatnya dan betul dalam niatnya.

Orang dah tengok dia tutup aurat, 'perfect', tapi kenapa sebenarnya tidak?
  1. Kejahilan daripada menuntut pedoman agama.
  2. Taklid dan jadi 'Pak Turut' [or saya kata 'Mak Turut' ?].
  3. Niat tidak betul.
  4. Jiwa lemah dan belum memenuhi syarat-syarat taubat.
  5. Tidak memahami hikmah dan tujuan didatangkan hukum.
  6. Lemah melawan runtunan hawa nafsu yang besar.
  7. Tewas dengan pujukan dan was-was syaitan.
*Kalau jahil, tuntutlah ilmu aurat tu. Kalau niat tak betul, ikhlaskanlah diri mematuhi hukum Allah. Kalau masih lemah, dekatkanlah diri pada Allah S.W.T.*

Setiap hukum ada hikmah dan tujuannya tersendiri. Kita yang masih buta mengetahuinya..

Manusia sering lupa, saling mengingatkanlah kita..
"Wahai Anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka." [Al-A'raf:27]

*7 poin di atas diambil dari ANIS Julai 2007*

No comments: