less than half a month towards the end of Ramadhan...
Puasa kita di tahap mana sekarang? Masih umum?
Pertama: Puasa Umum (as-sawm-al- 'umum)
Puasa orang awam yang sekadar menahan diri dari makan, minum, dan bersetubuh dengan isteri di siang hari.
Puasa ini sangat mudah kerana kanak-kanak tadika juga senang sekali disuruh berpuasa.
Tingkatan puasa ini tidak mampu untuk membentuk identiti sesorang menjadi muslim yang tawadhuk. Akhlak tidak dapat dididk dengan puasanya yang sebulan itu.
Kedua: Puasa Khusus (as-sawm-al- khusus)
Tingkatan kedua ini lebih tinggi daripada puasa orang awam.Puasa khusus dapat menghindarkan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota zahir daripada segala bentuk dosa.
Tetapi, tidak dapat mencegah diri dari berfikir mengenai keseronokan dunia.
Ketiga: Puasa Khusus yang Khusus (as-sawm al-khusus-ul- khusus)
Ianya peringkat puasa yang paling istimewa, puasa golongan muqarrabin, iaitu golongan yang dekat dengan Allah s.w.t. Jiwa mereka, zahir dan batin mereka sentiasa bersih.
Merupakan puasa hati dan pemikiran dari segala maksud yang bersifat keduniaan dan menghindarkan hati daripada mengingati selain Allah swt secara keseluruhan.
(Ihya 'Ulumuddin - Imam Al-Ghazali, di copy-paste dari misg-net)
Cepat sebelum ketinggalan untuk peningkatan!
4 comments:
Mari kita sama2 imarahkan solat terawikh berjemaah juga, insyaAllah~!
Rasulullah SAW bersabda,
"Siapa saja yang shalat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis baginya pahala shalat semalam suntuk "
(HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)
uhubbuki fillah <3 ~
act..ada byk hadeeth ttg solat2 sunat, solat terawikh, berjemaah esp pd bln ramadan.
yg berbeza is pada authenticity.
yg ditulis kat situ, kena check dulu authentic ke x dulu kot, bukannya main copy-paste frm mana2 je.
erm... hadith yang ditulis di comment tu ke? thought of my writing, sbb tak nampak ade hadith.. hehe..
yerp.. we'll confirm the authenticity.. ;)
eh x.
saya menegur diri sendiri since teringat (xmo delete comment) :)
Post a Comment