Jan 17, 2008

Kisah Yvonne Ridley

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah di Vandy lepas maghrib tadi, Sister Yvonne Ridley, seorang journalist dari England datang untuk berkongsi kisah hidupnya.

boleh lihat di websitenya.. Yvonne Ridley

banyak ceritanya yang dikongsi untuk pengajaran bersama. kisah pengalaman seorang yang ditahan oleh pihak yang dikatakan rejim terdasyat di dunia (anggapan luar lah..).

tapi semua pengalamannya tak ada dikatakan disiksa, tidak diberi makan dsb.
malah ada pegawai penjara yang hampir (atau dah) menangis disebabkan sister ini tidak mahu makan.
dah diberi makanan, hingga ke peralatan memasak, tapi sister tsb tetap meminta telefon untuk menghubungi pihak luar.

juga yang menarik, sister Yvonne memegang kunci biliknya sendiri... menarik kan?

itulah salah satu kisahnya..

Antara kata2 akhir sebelum penutupan ucapannya, satu soalan diulas oleh beliau mengenai masalah umat Islam sekarang. Sepatutnya kita menjadikan diri kita(Muslims) sebagai simbol kepada Islam itu sendiri. Selalu non-muslims salah faham tentang Islam sebab perlakuan muslims yang tak menunjukkan apa itu Islam sebenarnya...

Jadinya, review lah diri masing2...

Satu pengisian berharga hari ini... =)

No comments: