Mar 9, 2008

perubahan besar?

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedikit personal review dari saya tentang pilihanraya di Malaysia yang baru lepas...

Untuk diri yang berada di luar Malaysia, tetap terasa kehangatannya. Biarpun tiada fizikal, namun kehebatan teknologi mampu memberikan updates dari semasa ke semasa. Bersama-sama ayah yang sedia online hingga jam 3 pagi. Apa2 yang diberitakan di tv diberitahu. *Malangnya mencari2 streaming tv1 tak berjaya dijumpai, semuanya error..... atau saya yang tak berjaya~*

Keputusan pilihanraya - satu perubahan besar dalam negara. Paling tidak, sejak saya mula concern tentang politik ini dari 1999. ketika pusat mengundi ada di hadapan rumah saya, jadi nampaklah keadaan dari hari pembubaran parlimen, hinggalah ke hari pengundian.

Kemenangan pihak pembangkang di 5 buah negeri pasti satu impak besar buat semua. Let's see how the new state governments make the changes. Juga pastinya kerajaan Malaysia berlainan sekali, bukan dimonopoli oleh satu parti sahaja.

Ayah2 teman2 saya menang di kawasan masing2, samada di pihak parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Tahniah buat mereka. Diharap tanggungjawab dilaksanakan dengan bijaksana dan berlandaskan syariat Islam. Allahu akbar!

Sekadar itu komen umum di sini. Ingin sekali melihat perubahan di sana, seram juga, bagaimanalah Malaysia sekarang ini. Setahun lagi, pasti sudah berbeza!

Semoga Allah melindungi dan merahmati orang2 yang beriman... ameen~

Wallahua'lam...

No comments: