May 30, 2008
So Long, Seniors!
Most of the seniors are in their travels to go home. Yeah, it was full in the airport. And the security people were very kind, understand enough to see some of us went across the limit line at the security check. Heh...
It's going to be different from now...
I wonder how will it be next year for me? hmm...
Thanks a lot all the seniors of Vanderbilt, esp my kakak. All the best in the future, selamat berjaya!
Wallahua'lam...
May 24, 2008
Usrah Yang Lazat, Lemak Berkrim
dah 2 orang tag saya, so nampaknya kena buat jugak la eh.. =P
ok, lets begin...
[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
nak kira dari mana ye? sekolah rendah, dengan muallimah Ra'ayah kot? is it alya? tak ingat sangat, but I know saya ada usrah byk blaja pasal Apa ertinya saya menganut Islam.. sekolah menengah dengan Cikgu Zalina, then dengan Kak Aisyah dearie =) [banyak plan usrah kite dulu tapi tak berjaya dilaksanakan.. kan my ex-usrahmates?]. Form 4-5, usrah dengan Cikgu Juna. ada usrah umum yang saya tak berjaya coordinate dgn baik.. (maaf semua dak2 beseri). Habis sekolah, tak ada usrah untuk sebulan dua then masuk usrah Kak Iman & Kak Zahrah and Kak Hafsah. Pindah ke US, alhamdulillah usrah dengan Kak Azie, then she graduated and saya masuk usrah Makcik/Kak Faridah. dan sekarang dia nak balik Malaysia, tukar pada Kak Nur. Kesimpulannye, usrah dari 10 tahun - sekarang.
[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?
Macam mana? kat sekolah, dah ditetapkan sampai sekolah menengah. Kat MRSM, diajak oleh cikgu untuk buat usrah. UTP - kakak2 contact saya. sampai sini, kakak2 vandy dah readykan usrah.. =)
[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Sama cam ukht MM, kat skolah dah diatur. jadi ikut jela kan. But as time goes on, I feel the sweetness of the 'keluarga tipu-tipu' nih... seriously, sangat best.. tak senang hidup takde keluarga ni. Pernah time summer usrah tak ada, rasa left behind kot?? penah jugak rase jahat (huh?)
[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1. awal2, rasa macam silibus skolah je. So dengar dan faham macam blaja aqidah kat kelas.
2. Menarik... banyak aktiviti best! =D
3. Rasa pelik dan lost kalau takde usrah
[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
1. Ilmu Islam esp untuk saya yang major engineering.
2. Amal. oh yes, banyak belajar buat benda2 sunat bila masuk usrah.
3. Rasa terhalang untuk buat benda2 tak baik. Dah belajar, kena apply la kan?
4. Adik-beradik usrah yang selalu motivate saya dikala down/pressure/sedih...
5. Banyak lagi kot...
Peraturan Tag:
- Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
- Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
- Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
- Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
- Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
- Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain
nak tag org2 ini:
emi
atikah perth
kak anum
kak ena
ashwaq
*sape2 rasa teringin nak buat, anda juga ditag..
ps: Adik beradik saya yang sangat ramai, saya sangat rindu semua. nak reunion?? hehe..
Ulangtahun
Entri lewat beberapa hari.. Nak tulis ape ye.
Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia saya hingga ke hari ini.
Thanks kepada dak2 vandy for the lovely party tempohari.
Sori juge muka saya malam tuh sangatlah tak ceria, kepenatan teramat.
First time diraikan beramai2 di sini.. =D
Umur bertambah setiap saat, mungkin kita kurang sedar.
Tapi, setiap tahun orang akan ingat hari lahir masing2..
Bila mengingatkankan hari lahir,
Ingatlah waktu untuk kita beramal sudah semakin berkurang..
apa lagi tak tahu bila tarikh kematian, tahu tarikh lahir saja..
Berapa lama agaknya kita ada masa untuk ibadah, buat kerja2 da'wah, Taubat~
Always remember ya...
Selamat menempuh hari2 akan datang!
May 17, 2008
hari2 Summer 2008
Alhamdulillah, musim panas di United States sudah menjengah. Berakhir satu semester yang 'exhaustive' untuk saya. Walaupun baru beberapa minggu semester ditinggalkan, banyak perkara yang dipelajari. Seperti biasa, setiap hari pasti ada perkara yang kena belajar, betul? =)
Belajar memaafkan orang lain. Pertama kali lambat memaafkan orang, agak mengganggu fikiran. Lepas sahaja memberi kemaafan, terasa satu beban besar hilang begitu saja.
Kesimpulan: sentiasalah memaafkan orang lain. kita tak tahu bila pula kita buat salah kat orang lain, nak ke orang tak maafkan kita nanti?
Optimumkan penggunaan nikmat yang diberi. sudah lama tak buat kerja berderet (selain belajar), kepenatan teramat. Teringat nikmat rehat yang ada dulu, tak guna betul2.
Kesimpulan: Jangan tamak, jangan kedekut dengan diri sendiri & orang lain.
Tegas menyatakan pendapat. Mungkinlah mudah kesian dengan orang lain, tapi kadang2 keperluan sendiri tertinggal. Rasa serba salah? Selalunya begitulah... Kena lebih tegas, perlu ada ruang untuk diri sendiri.
Kesimpulan: Mujahadahlah bila perlu menyatakan pendirian.
3 sahajalah contoh. boleh muhasabah diri masing2 juga, pastikan kita belajar sesuatu hari ini.
oh ya, jangan lupa prihatin anda kepada Nakbah Palestin, tragedi di Myanmar dll. Show your concerns!
need rest.
Selamat Exam & Bercuti semua. =)
-sekian entri summer '08 pertama-