-Tarikh kejadian: Summer Trip, May 2009
Masjid Fresno
"I'm sorry we didn't inform you earlier. We just don't want to bother you" Ayah cuba menjawab persoalan Bro Amin.
Rancangan asal kami cuma mahu melawat kedai Brother Amin Attia, teman Ayah semasa belajar di Fresno dulu. Cuba dicari phone number kedainya, Harris Ranch. Kata seorang pekerja di situ, minta kami menelefon nombor satu lagi... Tiba-tiba, jumpa nombor cellphone Bro. Amin dalam telefon Mak...
Dan dia mengajak kami ke rumah.
Buat beberapa ketika, kami berehat di ruang tamu rumahnya sementara dia menghubungi isterinya.
"You should have called us earlier, we can prepare some lunch for you. You should have stayed here. My wife is pretty mad, she could not be at home right now."
Nadanya serius. Saya yang cuak - Alamak, macam mana ni. Tak call pun kena marah. Huhu...
"No, no... It's okay. Really." Ayah membalas.
"No, it's not okay!" Bro. Amin tidak berpuas hati.
"I'll bring you to a restaurant for lunch."
And he did. MashaAllah, dia tegur lagi, kenapa order 4 dishes saja sedangkan kami 5 orang. Terpaksalah kami order 5 dishes, dan berusaha menghabiskan semuanya.
Dan dia bayar semua sekali. Jumlahnya lebih dari USD30. Kalau kami yang makan sendiri, tak mungkin akan habis 30 dollar untuk sekali makan. Belanja di US harus berjimat.
Kalau kita di Malaysia, beginikah cara kita melayan tetamu? Sangat menghormati tetamu yang datang.
Kalau di Malaysia, teman datang menziarah. Biasasnya jarang diambil serius preparation kita meraikan kedatangan mereka. Buat last minute, last-last cuma hidang ala kadar je. Betul tak?
Terasa sendiri makan cili.
- Di sebelah rumahnya, sebuah rumah kecil sedang dalam pembinaan. Kata Bro. Amin, tempat tersebut akan dijadikan seperti musolla untuk Muslim berdekatan solat berjemaah jika ada halangan ke Masjid (dalam 15 minit dari situ). Juga tempat untuk berhalaqah. Juga kalau ada tetamu seperti kami datang melawat Fresno lagi, dia dah ingatkan kami untuk tinggal situ saja, jangan duduk hotel! Haa... Sudah!
No comments:
Post a Comment