Oct 21, 2010

Pemergian yang tak disangka

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku & keluarga baru nak mula makan malam.
Baru perasan, tv tak bukak. Selalunya akan dengar berita sekali sambil makan.
Jadi, aku pun ke depan membuka tv.

"Mak, ada student Malaysia meninggal kat Indon. Tak sempat dengar sapa and sebab apa" aku terkejut mendengar berita.

Sambungan berita itu cumalah peringatan dari Menteri Luar yang meminta semua tidak mengaitkan dengan apa2 yang boleh merosakkan hubungan dengan Indonesia. Jadi aku pun taklah ambil pusing sangat.

.......

Buka Facebook selepas makan...

Terpana membaca status seorang sahabat: Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Berita

JAKARTA: Seorang pelajar perubatan dari Malaysia ditemui
meninggal dunia di rumahnya di Bandung pagi tadi.

Tak ku sangka rupanya dia adalah temanku ketika sekolah rendah.
Yang selalu kutumpang kereta ibunya bila pulang lewat dari sekolah.

Aku belajar malam ini,
Allah ingatkan aku bahawa nyawa Dia yang punya.
Aku tak boleh fikir aku hidup sampai tua.

Semoga temanku, Inani Zalikha, berada bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

ps: yang regret tak contact lepas dah add dia di Facebook.

1 comment:

Nuruljannah BadrulHisham said...

sungguh tak sangka... alhamdulillah allah bagi sy peluang jumpa arwah 44 hari sebelum dia pergi mengadap ilahi...