Jan 16, 2011

First entry of the year

Bismillahirrahmanirrahim...

Oh kesian blog kena tinggal beberapa lama ya. Mahu update tapi tak punya masa yang sesuai untuk berfikir dengan bagus dan hebat.

Hm... update saya?

Jujurnya, tahun baru 2011 saya gabungkan segala cerita dengan 1432 Hijriah. Memandangkan keduanya dekat2, jadi ok la kan nak gabung pun. Saya tak ada senarai azam baru yang betul2, banyaknya pembaharuan dari azam yang lama (macam sama je dengan 2010? erk....)

Alhamdulillah, berjaya memasuki  ke fasa hidup yang baru - Kerjaya. Berpindah dari rumah yang selesa selepas bercuti 4-5 bulan, tak mudah. Dari relax2 di waktu pagi membaca surat khabar, memasak, etc - sekarang perlu bangun dan terus bersiap untuk keluar. Tapi, setakat ni, saya masih tidak mengeluh perlu keluar awal. SubhanaLlah, macam miracle pulak haha~ Memang Allah permudahkan saya untuk mulakan hidup baru yang masih tak dapat dijangka bagaimana.

Ahli keluarga juga menghadapi banyak benda2 baru Disember/Januari ni, sesuai lah nak dikatakan sebagai permulaaan tahun baru yang mencabar. Rumah kembali sunyi bila tak full house, tak ada yang boleh mengusik si adik kecik. Kesian dia... :p Apapun, terima kasih Mak & Ayah yang tak putus2 bagi sokongan duit & moral untuk kami teruskan hidup berjaya dunia akhirat. :)

Anyway, macam dalam blog Ust Hasrizal & Jiha, saya nak promote cerita Hani di tv3. Dah terlambat sikit la nak promote, tapi boleh je tengok di tonton.com.my atau tv3.com.my. Especially yang gila TV lah, dari anda2 semua tengok cerita tak berfaedah & tak ada pengajaran - baik tengok yang ini. hehe. Salah satu OST nya, Bila Waktu Tlah Berakhir by Opick. Selamat Menonton!

No comments: