Jun 19, 2011

Sepagi bersama Imam Muda Asyraf

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejujurnya saya tak pernah menonton rancangan Imam Muda. Tiada Astro di rumah, juga tiada di Malaysia semasa rancangan ni bermula. Tapi memanglah rancangan ni sangat popular, tak kira orang hardcore Muslim atau yang biasa2. Saya pun teruja juga mendengar, tapi belum berkesempatan nak tonton di website mana2.

Kisah pagi ni, MISG telah memulakan program Summer pertama dengan kuliah online bersama Imam Muda Asyraf. =) Memandangkan program ni online, apa lagi, saya grab sajalah nak ikut dengar. Rugi kalau tak dengar free2 ni!

Ok, I wanted to share some points I got (let's write before I forget!)
Tajuk kuliah: Kepentingan Tarbiyyah sebagai asas kehidupan menuju dewasa


  • Pentingnya kita ada perjumpaan face-to-face, mata bertentang mata dengan sahabat2, teman usrah/setarbiyyah kita.... You know, dari mata jatuh ke hati.. kan?

Walaupun online tu penting untuk kita yang berjauhan, online tak mampu mengganti fungsi face-to-face untuk dekatkan hati2 kita dengan lebih dalam & lebih feeling. Walaupun online tu mudah, jumpa face-to-face sangat penting untuk kita lebih faham pemikiran sahabat kita, ketidaksamaan kita.

Macam baru2 ni kalau ada baca di website Ustaz Hasrizal, UZAR & lain2, pertemuan Ilmuan & Da'i yang dimulakan mendekatkan ustaz-ustaz ni walaupun mereka berbeza pendapat dari pelbagai perkara. Bukti kita hanya tidak setuju, tapi menerima pandangan orang lain. InshaAllah, mesti kita praktikkan dalam hidup kita ok?


  • Nak mentarbiyyah orang lain, jangan tunggu rasa diri kita perfect.

Jadikan proses mentarbiyyah orang lain itu untuk tarbiyyah diri kita juga. Boleh? Pointnya:

Kurang Tepat : Bila kita dah amalkan satu2 perkara dengan hebat, baru kita sebarkan pada yang lain.
Lebih Baik :      Bila kita tahu satu perkara, kita sebarkan pada yang lain & pada masa yang sama kita sendiri praktikkan pada diri sendiri.

Cool, not? Kalau nak tunggu sampai kita super hebat, sampai bilalah tak ada peluang nak tarbiyyah pada orang lain. And pada peringkat kita sekarang yang sudah di alam dewasa, sebaiknya kita bukan saja mencari tarbiyyah untuk diri sendiri TAPI kita mahu ditarbiyyah dan mentarbiyyah orang lain.

Em, cukup la 2 point dulu. Harus bergerak buat benda lain.

ps: cik adik kakak sekalian, bila semua ada kat Malaysia, KENA usahakan nak berjumpa ye! ;)

No comments: