Sep 14, 2011

Post-Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam ni dah malam ke-22. Dah habis ke puasa 6? Bukan untuk membanding2 antara kawan2, tapi jangan sampai terlepas fadhilatnya, belum pasti lagi kita akan sampai pada Ramadhan dan Syawwal tahun depan. Cepat tau!

Eid kalini, saya rasa ada kelainannya. Entah kenapa raya tahun lepas tak tersimpan di memori, sedangkan itulah kali pertama beraya di Malaysia selepas 5 tahun beraya di kejauhan... *jauh betul, lebih kurang setengah ukurlilit bumi direntasi*

Lainnya tahun ini, saya merasakan Ramadhan dan Syawalnya terlalu pantas. Sangat!
Tahu2, oh sudah 10 malam terakhir?
   Tahu2, eh esok raya?
   Tiba2, aik, sempat ke habis puasa 6 ni?

Pertama kali balik dengan keretapi intercity KTM, teruja!

Apapun, saya berdoa semoga amalan saya dan amalan anda semua dimakbulkan Allah. Semoga Ramadhan kita berlalu dengan bertambah ketahanan kita menghadapi bulan2 seterusnya, ameen~

TaqabbalaLLahu minna wa minkum! :D

No comments: