Jun 24, 2012

Innocent

Bismillahirrahmanirrahim...

Harini berpeluang join lawatan hospital anjuran Hidayah Center Pulau Pinang (HCPP) setelah sekian lama teringin nak cuba pergi.... Dan hari ini, kami melawat 1 wad pesakit dewasa dan 1 wad pesakit kanak2.

Wad pesakit dewasa - ya, ramai yang sudah berada di wad berbulan-bulan. Bak kata seorang auntie, dah macam hotel. Keluar masuk, keluar masuk. Ada yang sakit kanser, leukaemia... etc.


Wad pesakit kanak2 - tersentuh hati melihat kanak2 yang terbaring di katil. Ada yang dijaga oleh ibu, ayah, atau penjaga. Ada yang datang dari Indonesia, buat rawatan di sini. Ada kanak2 yang sakit jantung berlubang, terpaksa memakai alat pernafasan untuk masa yang panjang [mungkin forever?]

*Nota: Untuk kawasan utara, kebanyakan pakar difokuskan di Hospital Pulau Pinang. Jadi pesakit datang dari pelbagai negeri untuk rawatan pakar di sini.

Ada kisah seorang bayi belum sampai setahun yang sakit jantung.. Dijaga oleh caretaker sepanjang di hospital sejak baru lahir. Ibunya? Tak pernah datang melawat.... Entahlah. Fikir positif, mungkin ibunya ada masalah di mana2 atau mungkin sakit dan tak dapat datang. Fikir negatif -?

Allahua'lam... Lawatan kali pertama mengingatkan aku untuk bersyukur atas nikmat sihat dimiliki. Aku terbaca dalam majalah Solusi edisi terbaru, jangan berkorban sampai terkorban. Maknanya, jangan sampai kita berkorban untuk orang lain sampai diri kita terjejas kesihatan. Kalau dah sakit, tidakkah kita lebih menyusahkan orang lain, dan kita pula tak dapat membantu orang lain lagi....

Am I right? ;)

Jangan sengaja mencari penyakit ya!~

No comments: