AS beri ‘lampu hijau’ Israel serang Lebanon seminggu lagi
BAITULMAQDIS 23 Julai – Pegawai-pegawai Israel percaya mereka mendapat satu lagi ‘lampu hijau’ dari Amerika Syarikat (AS) untuk meneruskan serangan terhadap Hizbullah di Lebanon bagi tempoh sekurang- kurang seminggu lagi.
“Pegawai-pegawai kanan percaya Israel mendapat kelulusan Amerika untuk meneruskan operasi terhadap Hizbullah sehingga Ahad depan,” lapor akhbar Haaretz di laman webnya hari ini.
Sehingga petang ini, pihak pentadbiran AS belum mengeluarkan kenyataan sama ada mengesahkan ataupun menafikan laporan itu.
AS telah menekan keperluan untuk menangani apa yang dilihatnya sebagai punca sebenar konflik iaitu kehadiran pejuang bersenjata Hizbullah di sempadan Israel selain peranan sekutu-sekutunya, Syria dan Iran.
Serangan Israel masuk hari ke-12 hari ini, menyaksikan seramai 365 orang rakyat Lebanon terkorban manakala di pihak Israel pula 35 orang terbunuh dalam serangan balas Hizbullah.
Pada minggu lalu, Israel telah pun mengumumkan bahawa serangan pihaknya ke atas selatan
Lebanon akan berterusan beberapa minggu ataupun beberapa bulan.
Pendedahan media itu muncul sehari selepas laporan akhbar The New York Times bahawa pentadbiran George W. Bush yang sebelum ini membantah gencatan senjata di Asia Barat, membuat persediaan untuk membekalkan bom panduan tepat dengan segera untuk kegunaan tentera rejim Yahudi.
Permintaan untuk membuat penghantaran kali ini adalah di luar kebiasaan dan membayangkan Israel mempunyai beberapa sasaran yang ingin dimusnahkan di selatan Lebanon.
White House dilaporkan telah memutuskan penghantaran segera bom panduan tepat ke Israel, yang telah diminta penghantarannya pada minggu lalu, sebaik sahaja pencerobohan ke Lebanon bermula.
Dalam pada itu, pesawat perang Israel membedil selatan dan timur Lebanon hari ini selepas askar yang menaiki kereta kebal dan kenderaan berperisai menyeberangi sempadan dan menawan sebuah kampung untuk memperhebatkan serangan terhadap kedudukan Hizbullah sekalipun penduduk awam bertambah menderita.
Pejuang-pejuang Hizbullah bertindak balas dengan melancarkan serangan roket bertalu-talu ke arah Israel.
Dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah apabila bandar pelabuhan Haifa, utara Israel dihujani roket yang dilancarkan dari Lebanon.
Sebagai usaha untuk menamatkan krisis itu, diplomat tertinggi dari Perancis, Jerman dan Britain berlepas ke rantau Asia Barat menjelang kunjungan Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice yang terus menolak seruan gencatan senjata segera sebagai janji palsu.
Dalam gelombang serangan sebelum subuh, pesawat pengebom Israel buat kali pertama menyerang bandar utama di selatan Lebanon, Sidon di mana puluhan ribu rakyat Lebanon mencari perlindungan daripada serangan Israel yang tidak putus-putus.
Sebuah bangunan tiga tingkat menempatkan pusat agama Hizbullah terkena bedilan.
Israel turut menyerang pangkalan Hizbullah di pinggir selatan Beirut selain membedil kilang, jalan raya dan jambatan dalam serangan udara di kawasan Baalbeck di timur dan di kawasan selatan.
Penduduk awam yang mengibarkan bendera putih berduyun-duyun meninggalkan selatan Lebanon selepas Israel mengarahkan mereka berpindah, dipercayai sebagai persiapan untuk melancarkan serangan darat besar-besaran.
– Agensi
Sumber-Utusan Malaysia
--------------------------
Bismillahirrahmanirrahim..
Blog masih 'under construction'.. tapi bila fikir2 balik, patut saya mulakan dahulu dengan isu yang begitu hangat ni..
yang sepatutnya lagi hangat dari kisah perkahwinan siti nurhaliza..
Isu yang membuatkan saya terasa, sebab sedang berada di bumi US ni.. bagaimana mahu ditentang pemimpinnya.. susah sungguh rasanya.. Moga Allah beri kekuatan..ameen.
US dah bagi lampu hijau untuk Israel, beri peruntukan peralatan senjata.. etc.. tak sedar2 lagi diri nak bankrap.. tak ada rasa putus asa rupanya mereka ni..macam mana pulak orang islam ni? ada kita terasa nak menyumbang wang ringgit, kekuatan, atau sekurang2 nya doa sekali sehari buat saudara seperjuangan?
Allah sentiasa bersama dengan orang yang mempertahankan agama-Nya... InsyaAllah..
Walahua'lam..
No comments:
Post a Comment