Aug 31, 2006
independence day
forgot to wish everyone..
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-49
31 OGOS 1957 - 31 OGOS 2006
Merdekalah fikiran dari jajahan fikiran sempitmu..
Merdekalah amalan dari jajahan amalan jahiliyahmu..
Merdekalah dirimu dengan adanya Islam dalam dirimu...
Semoga Allah merahmati rakyat Malaysia hingga akhirnya..
Wallahua'lam..
tafakur..
tengah dengar 'Sebelum terlena' by Hijjaz.. dah lama tak dengar.. the nasyid which saya rasa tersentuh time first dengar. lagu lame, but meaningful. hmm...
Sebelum Terlena
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku
Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi..
Oh Ilahi
Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu
-----------------------------------------
kadang2 terasa jauh dari Allah,
tapi Allah tak pernah biarkan hambaNya sendirian..
nothing else to write..
Wallahua'lam...
Aug 28, 2006
random thinking..
semalam one of my friend told me a story..
It's about one of her friends, american. He likes to know about Islam.. but he can't accept certain things because he saw too many muslims disobey what Islam asked us to do..
Salah satunya, tentang pergaulan antara lelaki & perempuan ajnabi.. rasanya semua dah tahukan, batas2 pergaulan masing2. tapi kesannya kalau kita buat kesalahan tu bukannya jadi kat diri kita je, tapi still, akan melibatkan orang lain.
the american pertikaikan kenapa si A(lelaki) boleh berdua2 dengan si B(perempuan), kenapa si C boleh selamba pegi study dua2 orang dengan si D.. kesimpulannya, kenapa boleh pulak orang Malaysia ISLAM boleh buat macam tu sedangkan Islam dah kata, ada batas2 nak berhubung..
well, boleh je cakap, even christians pun tak ikut sangat hukum-hakam diorang.. tapi yang jelasnya, orang dah pertikaikan macam mana Islam dalam diri seorang muslim tu..
lagi2 ada kat negara orang, America.. it's a big country. and orang akan judge Islam based on the muslims' behavior. memanglah kalau nak ikutkan semua tak perfect, but then, benda2 asas ni dah jadi masalah untuk non-muslims untuk faham Islam sebenarnya..
maaf, sebab explanation cam pelik2.. ayat berterabur.. just nak remindkan diri and whoever that read this.. pk2 kan lah ye.. jangan Islam rosak pada pandangan orang bukan Islam. Buktikan kita benar Islam fizikal and mental, InsyaAllah!
apa2 nak komen, silekanlah ye..
Wallahua'lam...
Aug 24, 2006
more stories?
got from the friendster bulletin;
http://www.nytimes.com/pages/world/asia/index.html
ada lagi ke cerita macam ni nak masuk berita US?
don't you feel anything about it?
Wallahua'lam...
Aug 21, 2006
Remembrance of Al-Quds and Isra' Mikraj

August 21..
Tahukah anda, masjid al-Aqsa pernah dibakar pada 21 Ogos 1969? Ia dibakar oleh seorang yahudi berbangsa Switzerland tetapi dilepaskan drpd pendakwaan kerana dikatakan gila (walhal zionis itu adlh seorg doktor).Masjid Al Aqsa adalah kiblat pertama dan tempat Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan mikraj ke langit. PERTAHANKAN AL-AQSA!! jgn skdr tau 21/8 hari perkahwinan Siti..
"Ya Allah..Kau satukanlah hati2 kami dgn para pencinta Al-Aqsa yang sentiasa menantikan hadirnya pertolonganMu.." ameen. .
27 Rejab..
ingat lagi kisah Rasulullah saw yang dicintai diisra' mikraj kan? bagaimana solat fardhu kita dah jadi 5 kali sehari?
nak lagi tak solat? susah payah Rasulullah saw nak dapatkan 5 daripada 50.. tak nak solat jugak?
macam mana pula apa yang rasulullah saw lihat sepanjang perjalanan ke sidratul muntaha?
banyak sungguh pengajarannya yang kita tahu, tapi masih perangai, macam tu jugak..
bersyukurlah, masih diberi peluang untuk menebus kesalahan...
Wallahua'lam..
Aug 12, 2006
Anak Kecil yang Takut Api Neraka
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"-------------------------------------------------------------------------
macam mana lah kita yang dah berapa tahun hidup ni? Setinggi mana iman kita kalau nak dibandingkan dengan kanak2 ni?
Fikir2kanlah...
Selagi pintu taubat masih terbuka, selagi ruang hidayah masih luas, make a step to go forward.
Wallahua'lam...
SOFWARE TERBARU DI PASARAN!
Virus yang melanda umat manusia...VIRUS MERAH JAMBU
Pernah tidak anda membuka komputer hati, danmenemukan sebuah virus yang menganggu program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Hendak tahu virus apakah itu?
Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hatipada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Dari pelbagai kes yang pernah ditemukan, ternyata virus ini banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem"firewall" berupa software Iman.
Tapi survey juga ada membuktikan juga, walaupun para remaja tersebut memiliki software Iman pun, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinibadah.doc yang berada di dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja- remajat ersebut terkena juga dengan virus merah jambu yangmenjalar ke seluruh komputer hati mereka.
Kebiasaannya ia akan bermula dengan penurunan iman secara berperingkat- peringkat. Maka, jika sedemikianjadinya, apa yang akan berlaku seterusnya? Maka mulailah virus ini bekerja menganggu sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya. Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan tersebut.
Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak saraf dan akal mereka menjadi "hang" serta tidak dapat berfungsi secara normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.
Tapi apakah itu semua dapat dicegah. Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file "cintadunia.exe". Lalu masukan disket anti virus yang berisi file "syakshiyah.exe" yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya apabila file tersebut dijalankan.
Jika anti virus tersebut tidak berhasil, maka anda perlu menginstall kembali software "iman". Anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun "installer iman" secara percuma. Atau anda juga boleh membeli "disket installer" berisi file "Aqidah.exe" atau "Imankuat.doc". Jika sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih.
------------------------------------------------------------------
inginkan software ni?? semuanya terletak pada diri anda sendiri. jangan lepaskan peluang! =)
Wallahua'lam...
Aug 8, 2006
Bukan Atas Namaku
things to ponder..
a little bit long.. but have some time to read it..
oleh : Nour Odeh – The Electronic Intifada 30 Julai 2006 Kata2 sudah tidak berguna lagi dalam menceritakan kekejamanan dan penyembelihan berterusan ke atas Palestine dan Labenon oleh tentera Israel (yang dibiayai oleh AS). Tidak kiralah setegas dan sekeras mana perkataan yang digunakan, ia tetap tidak bermakna jika dibandingkan dengan kesengsaaraan yang di alami oleh rakyat Labenon dan Palestine akibat senjata2 Israel dan sikap kuasa2 dunia ke atas mereka.
Israel telah membunuh sekurang2nya 615 rakyat Lubnan dan 160 rakyat Palestine sepanjang 18 hari lalu. Tetapi, di atas nama “mempertahankan diri”, Israel di lindungi dari kritikan dan dibenarkan untuk terus memusnahkan insfrastruktur Palestine dan Lubnan dan menyerang kawasan perumahan secara sistematik, konvoi Palang Merah, kakitangan perubatan dan rakyat biasa yang melarikan diri dari serangan Israel. Sekurang2nya 800,000 rakyat Lubnan telah melarikan diri dan terpaksa mencari perlindungan di sekolah2, rumah ibadat , malah taman2 awam. Mereka mengalami kekurangan air, makanan dan bekalan perubatan kerana serangan udara Israel yang mensasarkan pergerakan konvoi bantuan. Sementara itu, 1.3 juta rakyat Palestine yang tinggal di semenanjung Gaza dan sedang mengadapi krisis kemanusiaan akibat pemulauan ekonomi, terpaksa pula hidup tanpa air dan bekalan elektrik selepas satu2nya stesen janakuasa elektrik di Gaza telah di bom dan saluran paip air telah dimusnahkan di samping
tanpa bekalan makanan dan bahan api.
Di sebalik krisis kemanusiaan yang teruk ini, AS (pelindung dan pembela Israel) berterusan mengisytiharkan bahawa keadaan adalah “amat tidak sesuai” untuk menganjurkan gencatan senjata di Lubnan dan Palestine. Di PBB pula, wakil AS John Bolton telah mengatakan bahawa tiada “nilai2 moral yang sama“ antara beribu2 rakyat Lubnan yang di bunuh, dibakar dan di serang Israel dengan rakyat Israel yang cedera akibat serangan Hizbullah. Malah, kutukan Majlis Keselamatan PBB terhadap serangan Israel ke atas tentera pemerhati PBB di selatan Lubnan yang menyebabkan kematian 4 anggota pemerhati antarabangsa pada 26 Julai lalu turut di veto oleh wakil AS.
Di sebalik krisis kemanusiaan yang teruk ini, AS (pelindung dan pembela Israel) berterusan mengisytiharkan bahawa keadaan adalah “amat tidak sesuai” untuk menganjurkan gencatan senjata di Lubnan dan Palestine.
Jika diteliti dari kenyataannya, mungkin Bolton terlupa untuk membaca Persidangan Geneva ke 4 yang menetapkan bahawa tiada perbezaan antara mangsa2 dari kalangan penduduk awam, dan mestilah diberikan perlindungan sama rata, tanpa pengecualian – secara teori. Undang2 hak asasi antarabangsa (yang menjadi “duri dalam daging” kepada Bolton) turut menggariskan bahawa mana2 kuasa yang menyerang penduduk awam dan infrastruktur telah melakukan satu jenayah perang, dan tertakluk kepada tindakan antarabangsa – sekali lagi, secara teori. Tetapi tiada siapa yang boleh menyalahkan diplomat (yang langsung tidak diplomatik ini) di atas kata2nya yang bersifat perkauman ini, kerana beliau mewakili kerajaan yang turut melakukan jenayah perang dan secara terang-terangan menentang undang2 hak asasi antarabangsa di atas alasan “menentang keganasan” dan “mempertahankan dan melancarkan demokrasi”. Guantanamo, Au Ghraib dan kemusnahan insfrastruktur dan kawasan penempatan di Afghanistan dan Iraq
adalah antara contohnya.
Presiden Bush Jr turut memaparkan sikap yang sama semasa tercetusnya krisis ini semasa lawatannya ke Jerman pada 13 Julai. Beliau lebih berminat dengan hidangan daging babi bakar yang disediakan daripada kesengsaraan yang di hadapi rakyat Lubnan. Bush lebih bersemangat berkenaan perang ini hanya apabila disebutkan bahawa Syria juga “mesti bertanggungjawab” ke atas krisis ini, secara tidak langsung meluaskan lagi skop politik dan ketenteraan yang sedang berlaku. 4 hari kemudian, dan jumlah korban meningkat, Bush terperangkap dengan kata2 yang biasanya digunakan oleh orang2 biasa semasa bercakap2 dengan Tony Blair di St Petersburg.
Pihak Israel pula cuba untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kempen kemusnahan dan kematian di Lubnan dan Palestine adalah “satu tindakan pertahanan diri” bertujuan untuk “mempertahankan keamanan”, mengambil kata2 Shimon Peres yang telah memberikan arahan kepada tentera Israel untuk menyerang UNIFIL post di Qana, Selatan Lubnan pada 1996 yang diduduki oleh para pelarian. Serangan itu telah membakar hidup2 106 rakyat Lubnan, juga di atas alasan “mempertahankan diri”. Israel juga dengan biadap mengatakan bahawa mereka mewakili rakyat Lubnan dan Palestine yang diserangnya. Di PBB pula, wakil israel Dan Gillerman turut “memberi ceramah” kepada Majlis Keselamatan tentang hak rakyat Palestine dan Lubnan untuk hidup dalam aman dan sejahtera!!! Beliau turut tidak menyembunyikan kebencian Israel kepada rakyat kedua2 negara ini dan pilihan mereka dalam mengamalkan hak masing2. Wakil israel itu turut menuduh bahawa hak rakyat Palestine dan Lubnan telah di rampas oleh HAMAS dan
Hizbullah, walaupun kedua2 parti itu berjaya di dalam pilihanraya yang bebas dan demokratik (dan turut di taja AS). Penghormatan pada pilihan bebas, KONON!!!!
Yang paling memalukan adalah kenyataan berulang kali oleh Tzipi Livni, menteri luar israel bahawa serangan negaranya ke atas Lubnan adalah untuk “menolong” kerajaan Lubnan dan melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan 1559!!! Malangnya beliau tidak dapat ditanya bagaimana pengeboman jambatan dan jalan di Lubnan, berek tentera dan parabola komunikasi dapat menolong kerajaan Lubanan, juga pencerobohan negaranya ke atas kedaulatan negara Lubnan dapat menegakkan kedaulatan negara tersebut. Yang paling menghairankan adalah kenyataannya itu tidak diberikan sebarang respon tentang bagaimana Israel telah menceroboh negara Lubnan melalui darat, udara dan air sebanyak 11,000 kali semenjak 6 tahun lalu. Juga Israel adalah negara yang paling banyak melanggar resolusi majlis keselamatan PBB di dunia. Maka, adalah mengejutkan bila Israel menggunakan Resolusi 1559 sebagai alasan untuk menyerang Lubnan.
AS telah mengambil pendirian yang membiarkan jumlah kematian rakyat awam meningkat dengan tidak membenarkan Majlis Keselamatan PBB daripada mengambil sebarang tindakan.
Kenyataan yang paling tidak munasabah datang dari kenyataan setiausaha kerajaan AS bahawa serangan ini adalah “permulaan kesakitan kepada kelahiran satu dunia Asia Barat yang baru”. “Kesakitan” ini yang lebih terarah kepada kebaratan adalah seperti “kesakitan” yang memusnahkan rumah, harapan dan masa depan rakyat Palestine dan Lubnan. Kemusnahan dan pembunuhan rakyat Palestine dan lubnan inilah yang dibenarkan oleh Rice. Asia Barat baru yang dimaksudkan oleh Rice adalah dibentuk dengan rentungan kanak2 Lubnan dan harapan mereka untuk hidup secara bermaruah di Palestine dan Lubnan. “Kesakitan” ini telah meningkat di Palestine dan Lubnan dan terpaksa di bayar oleh rakyatnya. Nampaknya, darah2 rakyat Palestine dan Lubnan diperlukan untuk penubuhan Asia Barat baru ini. Persoalannnya adalah siapakah Asia Barat baru ini dan siapakah yang menyuruh Rice menawarkan diri untuk menubuhkannya (dengan penuh sifat perkauman terhadap penduduk Asia Barat yang sedang terseksa)?
Ideologi Amerika yang membenarkan kematian dan kemusnahan di atas nama “keamanan” telah menyemarakkan lagi keadaan di Asia Barat, dengan penghantaran bom2 ke Israel, termasuk bom “bunker busters”. Juga AS telah mengambil pendirian yang membiarkan jumlah kematian rakyat awam meningkat dengan tidak membenarkan Majlis Keselamatan PBB daripada mengambil sebarang tindakan.
Biasanya, keadilan adalah buta. Tetapi kita sekarang hidup dalam dunia yang buta pada yang merana dan orang2 lemah yang dicabuli haknya. Rakyat Palestine dan Lubnan seolah2 berada di“kedudukan yang paling tidak penting” kepada AS, di mana darah mereka adalah perlu untuk menrealisasikan matlamat polisi ini. Matlamat ini hanya mengambil kira kedaulatan Israel dan hanya rakyat Israel sahaja yang layak untuk menikmati hak-hak asasi manusia!! Matlamat ini juga mencakupi penjajahan ke atas Asia Barat oleh Israel yang perlu di terima tanpa tentangan, walaupun secara lisan. Ia melindungi kuasa penjajah (Israel - yang terakhir didunia) untuk terus menjajah dan Israel diberi kuasa untuk membuat pilihan untuk memberikan kedaulatan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun, “kesakitan” yang sebenar akan datang apabila rejim Israel akan runtuh sepertimana rejim2 kejam yang lain telah runtuh. Ini telah dibuktikan oleh sejarah dan hanya selepas itu barulah “kesakitan”
ini akan di hargai dan dialu-alukan.
Yang terakhir, terdapat masalah pemikiran yang besar yang sedang membaluti Asia Barat sebagai respon ke atas polisi sebegini dan “kesakitan” kepada kelahiran Asia Barat baru tajaan AS. Ia berbunyi: Bukan di atas namaku……
Note: perterjemah : ummunajda"
----------------------------------
moga diambil pengajaran...
Wallahua'lam...
Aug 4, 2006
nafs vs soul
soul: lets go to the masjeed..
nafs: hey, there's a movie right now!
soul: have u read the quran today?
nafs: hmm, this novel is really interesting..i must finish it
soul: subuh, subuh!
nafs: katil ni sedap betul, sejuk lak tuh..
what's the end of this battle?
who wins??
anyone can vote for him/her self.. he he he..
btw, selamat pengantin baru buat kak iman yang berkenduri harini~ [promote abes nih.. hehe =P]
Wallahua'lam...
17 askar Israel maut
BEIRUT: Pejuang Hizbullah memberi tamparan hebat kepada Israel apabila membunuh 17 askar Yahudi dalam pertempuran kelmarin dan semalam, angka korban tertinggi dalam tempoh 48 jam bagi tentera Zionis sejak terbabit dalam konflik dengan negara Arabnya.
Dalam pertempuran kelmarin, 12 anggota tentera Yahudi terbunuh manakala dalam pertempuran semalam, lima lagi askarnya maut di tangan Hizbullah.
Ketika konflik memasuki hari ke-24, pemimpin Hizbullah, Sheik Hassan Nasrallah menawarkan untuk menghentikan serangan sekiranya Israel menamatkan serangan udaranya terhadap Lubnan
more
-----
Takbir, Allahu akbar!
Wallahua'lam...
Aug 3, 2006
hingga ke titis akhir, hanya liLlahi Ta'ala
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah:218)
Hezbollah rocket attack kills 8 Israelis
By RAVI NESSMAN, Associated Press Writer
JERUSALEM - A massive wave of guerrilla rockets pounded northern
Israel in a matter of minutes Thursday, killing eight people hours before Hezbollah's leader offered to stop the attacks if Israel ends its airstrikes. With four soldiers killed in Lebanon, it was the deadliest day for Israel in its two-front war.
more
-----
Whatever happens
Trust our aqidah
Never let it down to the ground..
Allah takkan sia2kan siapa2 yang berjuang di jalan-Nya
Bukan di dunia
mungkin di akhirat balasannya..
Allahu akbar!
Wallahua'lam...
Aug 1, 2006
teringat...
teringat akan amaran Allah;
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya." (Al-Anfaal : 25)
baca lagi..
----------
kalau Allah nak turunkan azab
bukan yang buat maksiat je yang kena...
kiranya..
kita ni, maksiat kat mana2
atas, bawah, kiri, kanan,
depan, belakang..
ada tempat ke kita nak lari kalau azab Allah turun tiba2?
nauzubiLlah...
Allah Lebih Mengetahui segalanya..
*ini ada satu cerita*
Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak2 : Ader cikgu.
kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poketnya, dan bertanya lagi..
Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Anak2 : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak2 nmpk tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak2 : takder cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira sebab tujuannya nak brain wash otak budak2 tu berjaya. Tetapi dalam banyak2 budak tu ada seorag budak yang pintar, dan dia pun mengangkat tgn...
Bdk A : Cikgu boleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Bdk A : kawan2 nampak cikgu tak?
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ada kan?
Kwn2 : ada.
Bdk A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader.
Moral of the story, bila tak nampak, tak semestinya tak ada!
sayangi agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa lagi...
seronok2 jugak..but moral of the story jangan diabaikan ye...=)
---------------------------------------------------------------
kecik2 cili padi.. jangan disangka budak2 tak tau apa2..
jangan mudah nak permainkan orang..
and, pastikan tugas kita as a khalifah kat muka bumi ni, amar ma'ruf nahi munkar, dijalankan dengan sempurna.. ok?
Wallahua'lam...