Sunday, July 29, 2007

Maka Sabar itu Indah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-Baqarah, 2:155
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Ali 'Imraan, 3:17
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

An-Nahl, 16:126
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Fasabrun jamil... Indahnya sabar buat orang-orang beriman.

Monday, July 23, 2007

Dia lebih tahu!

Bismillahirrahmanirrahim...

Peringatan untuk saya, juga yang lain.

"Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad) dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu."


Wallahua'lam...

Saturday, July 14, 2007

Dah tutup tapi sebenarnya tidak??

Bismillahirrahmanirrahim...

Suruhan berhias dituntut tapi perlu kena pada tempatnya dan betul dalam niatnya.

Orang dah tengok dia tutup aurat, 'perfect', tapi kenapa sebenarnya tidak?

  1. Kejahilan daripada menuntut pedoman agama.
  2. Taklid dan jadi 'Pak Turut' [or saya kata 'Mak Turut' ?].
  3. Niat tidak betul.
  4. Jiwa lemah dan belum memenuhi syarat-syarat taubat.
  5. Tidak memahami hikmah dan tujuan didatangkan hukum.
  6. Lemah melawan runtunan hawa nafsu yang besar.
  7. Tewas dengan pujukan dan was-was syaitan.
*Kalau jahil, tuntutlah ilmu aurat tu. Kalau niat tak betul, ikhlaskanlah diri mematuhi hukum Allah. Kalau masih lemah, dekatkanlah diri pada Allah S.W.T.*

Setiap hukum ada hikmah dan tujuannya tersendiri. Kita yang masih buta mengetahuinya..

Manusia sering lupa, saling mengingatkanlah kita..
"Wahai Anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat mereka." [Al-A'raf:27]

*7 poin di atas diambil dari ANIS Julai 2007*

Friday, July 13, 2007

Rest Stop?

[Quran]
"The life of this world is just the enjoyment of delusion"
- Surah Al 'Imran, 185

[Lessons from this verse]
See the materialism of this world for what it is. It's just a
rest stop, just some shade, on the highway to the hereafter.
Treat it as such.

Wednesday, July 11, 2007

Teringat....

Bismillahirrahmanirrahim....

Surfing blogs... currently reading SaifulIslam.com..

http://saifulislam.com/?p=691

right, orang sekeliling saya juga sudah banyak terkena~

Teringat di KONSIS lepas, seorang brother ada menyebut semasa pembentangan.. (tak ingat exactly) Sangat terkesan di hati saya..

"Meeting memang jarangla jumpa brothers & sisters, ada tirai in between.. yela, tak elokkan jumpa2 laki p'puan ni..."

Well, what do you want to say??

Friday, July 06, 2007

perubahan

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang berubah..
tak kirelah, kita atau sesiapa pun..

boleh berubah dr byk segi..

fizikal..
kurus jd gemuk, gemuk jd kurus..
sihat jd sakit, vice-versa..

fikiran..
dr tak reti fikir pasal hal2 org dewasa,
dah reti fikir pasal orang2 tua..

knowledge..
dari tak tahu jadi tahu..
ada jugak dr tahu jd tak tahu, sebab byk sgt buat dosa..
ilmu pun hilang..

perangai..
baik jd jahat..
jahat jd baik..

idup..
dr kecik, pegi skolah, keje..
pastuh kawin, jd leaders..etc..
jugak, pendakwah sepenuh masa..

kesimpulannye semua orang sentiasa berubah..
tapi terpulanglah kite menjadikan perubahan tu perubahan positif atau negatif..
positif di mata kita, jugak di mata orang sekeliling kita..
dakwah jugak namanya tu kan~ jadi role model skali..

saya juga sentiasa berubah.. doa saya sentiasa berubah positif..
ameen..