Oct 27, 2007

to ponder~

http://ukhtisyakila.files.wordpress.com/2007/07/dia.jpg

"Orang yang tidak mampu berkorban demi mengejar cita-cita yang tinggi, maka dia tidak akan berani berhadapan dengan bahaya dan kesusahan. Orang yang hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di dunia ini nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan dan hanyut oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa di dalam sejarah kemanusiaan. Tidak ada sesiapapun yang mampu melukiskan sejarah kecuali pahlawan-pahlawan yang gagah berani. Mereka itulah yang telah merubah arus perjalanan hidup manusia dengan jihad dan pengorbanan mereka dan merekalah yang merubah corak pemikiran dunia."
(Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)

Chicago trip


Bismillahirrahmanirrahim...

Maybe pictures will have all the words.


From left: the Trump building, The Bean or Cloud Gate, and words in front of the Disney Store. Click on the picture to get larger view.

Overall, it was great, far away from the pressures for a while.

One thing that I learned, make you money spent worth for every single penny! Paling tidak, bakal ditanya Allah bagaimana rezeki dihabiskan...

Wallahua'lam...

Oct 13, 2007

Eid Mubarak!

Bismillahirrahmanirrahim...

being so busy with raya huh? not really, maybe more to the homeworks that are still waiting.. oh, Vandy celebrated 1 Shawal 1428 H on Friday, October 12.

Anyway, wishing everyone Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir batin, maaf atas semua kesilapan... tak sengaja mahupun disengajakan.. apa2 tak puas hati silalah berhubung.

Hari Raya hari kemenangan untuk orang yang berpuasa. TAHNIAH buat as-saaimuun~ tak boleh berpuasa (sakit etc), moga telah dimanfaatkan masa ketika Ramadhan itu..

Bukan mudah mencari Ramadhan sebenar. maka hari kemenangan itu juga harus diteliti buat siapa. Betulnya, Ramadhan mengubah hidup kepada lebih baik. Baru terasa menangnya, kan?

Terasa kurang bermakna puasanya, muhasabah kembali. Still, belum terlambat untuk mendapatkan yang terbaik. Mari puasa enam! =)

Oct 2, 2007

20th

Bismillahirrahmanirrahim....

less than half a month towards the end of Ramadhan...

Puasa kita di tahap mana sekarang? Masih umum?

Pertama: Puasa Umum (as-sawm-al- 'umum)
Puasa orang awam yang sekadar menahan diri dari makan, minum, dan bersetubuh dengan isteri di siang hari.
Puasa ini sangat mudah kerana kanak-kanak tadika juga senang sekali disuruh berpuasa.

Tingkatan puasa ini tidak mampu untuk membentuk identiti sesorang menjadi muslim yang tawadhuk. Akhlak tidak dapat dididk dengan puasanya yang sebulan itu.

Kedua: Puasa Khusus (as-sawm-al- khusus)
Tingkatan kedua ini lebih tinggi daripada puasa orang awam.
Puasa khusus dapat menghindarkan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota zahir daripada segala bentuk dosa.

Tetapi, tidak dapat mencegah diri dari berfikir mengenai keseronokan dunia.

Ketiga: Puasa Khusus yang Khusus (as-sawm al-khusus-ul- khusus)
Ianya peringkat puasa yang paling istimewa, puasa golongan muqarrabin, iaitu golongan yang dekat dengan Allah s.w.t. Jiwa mereka, zahir dan batin mereka sentiasa bersih.

Merupakan puasa hati dan pemikiran dari segala maksud yang bersifat keduniaan dan menghindarkan hati daripada mengingati selain Allah swt secara keseluruhan.

(Ihya 'Ulumuddin - Imam Al-Ghazali, di copy-paste dari misg-net)

Cepat sebelum ketinggalan untuk peningkatan!