Jul 13, 2008

kabus

Bismillahirrahmanirrahim...

Story 1: semalam ke ICN, naik kereta. aircond dipasang maka sejuklah keadaan dalam kereta itu. Sampai2 di ICN, kami keluar kereta. terus tak nampak luar. glasses berkuap kerana luar yang panas dan dalam kereta yang sejuk.

Things to learn: hargailah mata yang Allah beri. Sebetul-betulnya mata ciptaan Allah sememangnya ciptaan terbaik. Applicable untuk keadaan sejuk dan panas. tak ada kuap2 di lensa.

Story 2: seminggu lepas, ke STC. hujan sangat lebat, tak nampak jalan di depan. penglihatan sangat terbatas, maka terpaksa memandu dengan perlahan. Kereta2 dibelakang sibuk nak bawa laju2 juga. derang boleh nampak ke jauh2 ni??

Things to learn: Tak perlulah drive laju bila ilmu di jalan depan tidak cukup. Belajar sikit2. Terlalu advance, drive terlalu laju - kita tak tahu apa yang ada kat depan, ada kemungkinan accident & tak sampai destinasi. jadinya kenalah ambil tahu dahulu sedikit2. InshaAllah itu lebih selamat dan sampai ke destinasi.

Wallahua'lam...

2 comments: