Feb 3, 2009

Selamat Hari Lahir!

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya berkenalan dengan seorang teman ini 4 tahun lepas, atau secara tepatnya kira-kira 3 tahun 7 bulan lepas. Kali pertama berjumpa, di Lapangan Terbang KLIA, 22 Jun 2005.

Tak bercakap pun rasanya, sampai lah tiba di tempat bermastautinku selama 4 tahun ini.

Tup tup, dia jadi
roommate saya selepas tamat Pre-College selama 6 minggu itu. Bertapalah kami di Lupton Hall setahun.

Banyak sungguh kisah di tahun pertama. Kami berada dalam kumpulan usrah yang sama, dengan Kak Azie tersayang yang kini sudah bergelar ibu kepada baby 'Aqil di Malaysia. Kelas math bersama-sama. Terlepas kuiz Math sama-sama, email Professor untuk minta buat kuiz. huhu~ sehati sejiwa terlepas kelas ye...

Bergelar Sophomore, kami masih serumah di apartment 3 orang. saya sebilik dengan beliau, teman saya seorang lagi seronok mendapat bilik
single (uppsss, jgn marah cik kak! haha..). Bahagia kami bertiga, banyak kelas kami bersama. hehe.. muka-muka sama di kelas. cuma teman sebilik saya ini ada kelas BME, jadi tidaklah sekelas selamanya~ =D

Naik Junior, terasa ingin mengubah angin sebentar. sengaja mungkin (ye?). Saya tinggal bersama si penghuni bilik
single dulu, dan bersama teman saya seorang lagi. Hehe, ubah angin betul ya~ Kalini saya belajar mengenal orang lain pula.

Lain orang lain ragam. Berwarna-warni hidup saya, alhamdulillah~

Tapi, di kelas, teman saya seorang ini juga yang jadi
groupmate saya, partner projek electronics saya... Tidur jam 6 pagi bersama depresi, terpaksa pula berkejar menghantar project ke office professor yang jauh di hujung kampus (apartment saya di hujung lagi satu..).

Seronok pulak bermain memori...
Dan kini, sudah 5-6 bulan saya serumah dengan teman 'lama' saya di tahun terakhir. Walaupun tak banyak kelas yang dihadiri bersama, saya
decide untuk menyertai kumpulan Senior Design beliau.

All in a sentence, saya sentiasa ada attachment dengan teman saya ni.

Hampir 4 tahun bersama, banyak turun naik keadaannya.

Saya mungkin seorang yang tidak reti meluahkan, maka mungkin beliau kurang tahu apa yang saya rasai.
Saya mungkin seorang yang tidak reti menegur, maka mungkin salah yang saya lihat saya cuma biarkan.
*Maafkan saya!*
Saya tidak mampu memberitahu secara zahir, maka saya luahkan saja di sini.

Selamat Hari Lahir ke-21, my dear sis Ashwaq!


Semoga Allah berkati anda hingga ke akhirnya.
Semoga Allah melindungi anda dari perbuatan salah.
Semoga Allah perkuatkan hati anda dari emosi-emosi negatif.
Semoga Allah permudahkan hidup anda menuju tujuan hidup sebenar.

Ya Allah...
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Ameen ya Rabbal 'Alamiin..

7 comments:

Bint Lazim said...

awww suke la nazirahh. haha.
ok sat entree utk bday sy gak nnti. tak kire, hahahahhaha

Bint Lazim said...

*satu

Anonymous said...

soooo veryy2 sweet...thank you sangat2

Deremind said...

zairaza: hahaha... bday awak, saye xde kat vandy. susah r camni.

adoi, terukla nak tulis sume bday org. hahahaha..

budak katil sebelah: =D

Asyraf said...

mu nok ko g-ha?... nanti aku buat ko mung... prasae teh.... haha... birthday mung tuh nana grad doh....

Anonymous said...

wahhh ade org panggil die nana.hihi
*tak bersalah*
waaaaa nak jugak cmnie taw
xkesah la time kat mesia pon
lgi rase terharu nnti.hihi pls pls

Deremind said...

sapelah gerangan 'nana' nih??

adoi~

kalau ingat, ade lah entry2 untuk korang ye. senang cite, combine sume orang la senang.

hahaha.. boleh tak macam tu?