Lama rasanya tak menambah isi di blog ni. Banyak sungguh nak diceritakan. Nak mula dengan apa ya?
Pengembaraan bersama keluarga
Alhamdulillah seluruh ahli keluarga kecuali si Abang bersama2 mengembara di bumi US yang luas ini. Dari East ke Midwest kemudian turun ke South di Nashville, Tennessee. Nak cerita semua, panjang sangat.
Di Niagara Falls, kami ke Maid of the Mist. MashaAllah, saya teruja dengan kebesaran Allah yang Maha Hebat. Ada pelangi2 di sebalik Falls, keadaan yang begitu sejuk dilimpahi air terjun yang melimpah2.
Di Dearborn, Michigan. Best sangat, terasa macam bukan di US! Masjid besar, banyak kedai2 Muslim di merata2 tempat. Ada New Yasmeen Bakery, Islamic Center of Knowledge, Masjid2 yang begitu banyak. Fordson High School - the first Muslim majority high school in the States! Banyak maklumat diperoleh daripada seorang pakcik yang lama tinggal di situ, siap diberi newspaper Muslim kepada kami.
Kalau nak tinggal di US, boleh la tinggal di Dearborn ini. Best!
Seterusnya graduasi di Nashville, Tennessee. Alhamdulillah, kini sudah menjadi Alumni Vanderbilt. =)
Di California, seronok melihat kebun2 buah di tepi2 jalan. Vineyards, cherries, oranges, peaches, nectarines... banyaknya subhanaLlah.. Berpeluang cherry picking di Brentwood, makan ceri tak habis2 sampai pulang ke Malaysia. hehe.. Akhirnya ke Disneyland yang sentiasa dipenuhi visitors yang tak putus2. Yang paling menarik di bahagian Tomorrowland - seronok melihat teknologi2 hebat, asyik menganalisa dengan keluarga macam mana mereka membuat inovasi2 yang menarik nih..
Graduasi
Kesemua teman2 sebatch graduate bersama, alhamdulillah. Syukur amat! Sekarang semuanya sibuk mencari graduate school dan kerja. Saya? We'll see in these few months, inshaAllah I will let my friends know. =)
Hari2 terakhir di Vandy
Saya batalkan penyertaan ke Midwest Games gara2 serangan flu H1N1 yang hebat di Illinois. Diisi dengan mengemas rumah yang akhirnya tak siap juga, picnic sisters di Montgomery State Park. Hebat2 semua jaga bbq, swimming pun hebat! Thanks a lot sisters Vandy, I will miss all those moments together.
Walimah kakak tersayang
Banyak sekali kesyukuran bulan Mei ni, my dear sis melangkah setapak ke depan dalam maratib 'amal ketika saya tiba di Malaysia. Tahniah buat Kak Ena dan Anas, keduanya yang banyak membantu sepanjang saya di US. Semoga perkahwinan diberkati Allah dan berkekalan hingga ke akhirat, ameen inshaAllah =)
Juga pada senior ketika saya Freshman, Hajar. tahniah juga! Maaf ya tak dapat datang, baru sampai tak sempat nak berkejar ke kenduri. Semoga diberkati Allah juga ya, inshaAllah...
Jun - episod baru
Bermula Jun, permulaan hidup yang baru mungkin. Agak blurr arah tuju hidup selepas ini, nak kerja ke, nak sambung belajar ke, nak itu nak ini... hehe.. banyak plan, tapi tak mungkin semuanya dapat dibuat.
Yang pasti, belajar itu wajib terus sepanjang hidup. ibadah itu wajib sehingga mati, da'wah begitu juga. Betulkan? ;)
6 comments:
nazirah....congrats!!!
bila mau bertemu???
hehe.. tq alhamdulillah~
haa.. bile eh? k.aida kat mane now?
ayah bz la, tak jumpe sedare mare lagi nih.. ish3..
kte jumpa kat stc ye!
inshaAllah! =)
nazirah...tahniah yea (-_^)
thnx syieq! ko bile?
Post a Comment