Bismillahirrahmanirrahim...
2 months went on hiatus. InshaAllah will go actively (not daily la, it'll be too much as a restart).
Finally, after 4 years, dapatlah saya merasai Ramadhan di tahah air sendiri. Wah sunggu rindu suasananya!
Terawihnya, bazaarnya, sahur, segala persiapan menyambut Ramadhan. Sah2 berbeza.. hehe..
Cumanya, mestila ada pros and cons kan... you choose which one you like. =D
Yang ni cuma apa yang saya lihat & pandangan2 saya,
anda boleh saja bantah, betulkan, sokong dsb~
1. Ramadhan preparation
Malaysia: Yang ni tak banyak beza rasanya, sebab mostly personal preparation. Cuma kat Malaysia dah ada "After-Ramadhan" preparation, lagi2 tengah MegaSALE. Segala jenis jualan ada - baju raya, kuih raya, kad raya (oh tak beli lagi kad raya ~_~) & apa2 yang berkaitan dengan raya....
States: Not preparing much, yelah, biasanya Ramadhan mula semasa di musim sibuk semester. Homework & exams beratur macam tunggu giliran. Tapi yang pasti akan set target2 yang nak dicapai untuk Ramadhan tersebut~ cuma selalunya tak lepas target pun.... huhu........
2. Bersahur
Malaysia: As usual, for sure mak kita yang masak sedap2 (saya ni tukang tolong je.. hehe). Makan nasi berlauk macam2 jenis. Sedap... ^_^
States: Ada juga nasi & lauk2 ni, cuma ala kadar je la kan. Maybe saya tak pernah cuba di Malaysia, tapi di US, saya ada beberapa kali berqiamullail dan bersahur di Islamic Center of Nashville (ICN). Setiap pagi akan ada yang men'sponsor' makanan sahur - ada roti macam roti pita yang besar, nasi arab. Kadang2 orang yang biasa sponsor tu tak ada, kurang la sikit makanannya tapi still ada roti2 tu.. hehe~
3. Tarawih
Malaysia: Hm... terawih sama je kot dengan di US. Cuma kat Malaysia, yang saya ikut, selalunya lama sikit. Kalau mula 8.45 (isha') - akan habis 10.30. Ada ceramah tengah2 dalam 20-30 minit. Dari segi keadaan solat pulak.. Girls akan ada kat belakang, women kat saf depan. Boleh sape2 bagi dalil tak pasal benda ni? Adakah kanak2 memutuskan saf orang dewasa? Saya cuma tahu pasal saf yang kosong kat tengah2 tu yang terputus.
States: Kat US, solat isha biasanya mula jam 9, bergantung kepada waktu isha. Dan biasanya by 10.30 dah balik rumah. *Mungkin la sekarang ni lewat lagi kan since Ramadhan dah makin masuk musim Summer* Ceramah dalam 15-20 minit. Keadaan solat - kalau kat ICN, setiap hari ada orang yang akan jaga kanak2 di bilik belakang. Kanak2 yang solat akan solat sekali, tak ada asing2 kecik atau besar. Serapat boleh saf2nya, tak ada jarang2 antara makmum.
4. Berbuka
Malaysia: saya tak pernah berbuka di Masjid di Malaysia (on a second thought, penah la masa iktikaf darjah 6 kat Masjid Shah Alam dulu.... that wat 10 years ago huhu). Tapi kata adik saya, ada paket2 nasi siap untuk yang datang berbuka di masjid dekat dengan rumah ni.... hehe.. Kalau kat rumah, sah2 makanan yang mak masak menjadi tarikan.. =) Segala lauk pauk yang diidamkan akan bergilir dimasak setiap hari.
States: Biasanya weekends saya akan berbuka di ICN, stay terus dari Maghrib sampai habis tarawih. Awal2 Ramadhan, derang akan promote sape2 yang nak sponsor untuk setiap malam, dan tukang masaknya dah ada, tinggal orang nak bagi kosnya saja... Nasi arab/briyani berlaukkan ayam/daging setiap hari tambah sayur dan sambal cili hijau (saya pun tak tahu macam mana derang buat, tapi orang Melayu suka sangat). Awal2 dulu cili tu makcik tu buat sikit je rasanya, tapi lepas tahu ramai suka, dia buat satu bekas besar. hehe... Banyak permintaan! Makcik2 ni pulak tak puas hati kalau ktorang makan sikit, yelah, tengok orang Melayu semua kecik2 macam tak cukup makan~
Tu dulu lah 4 aktiviti di bulan puasa yang saya rasai sepanjang hidup saya ni. Pandangan saya cuma berdasarkan apa yang saya alami, mungkin berbeza dari kawasan2 lain yang lagi best atau kurang best.
Allahua'lam... Apa pun, saya tetap mensyukuri nikmat berpuasa dan bersama dengan orang2 seagama dalam menghayati Ramadhan ni.
Sesungguhnya Islam itu ada di mana2. Cuma terpulang pada kita untuk amalkan sebaik mungkin. Alhamdulillah.
ps: diri tak sabar nak menikmati pengalaman berpuasa di tempat baru tidak lama lagi!
6 comments:
menarik~~~~
huuu
wanna share yours? ;)
pengalaman berpuasa di tempat baru tidak lama lagi? so ape updates?
pasal suruh asingkan saff kanak-kanak ngan dewasa, itu mengarut je semua tuh.
Sila refer: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=22138
haa.. itu... inshaAllah akan terbang as expected. soon enough.
yes, asingkan saf tu. lepas letak entri ni, esok nya terus ada tazkirah kat masjid dekat rumah. sebijik2 pasal benda ni.
lepas tazkirah, alhamdulillah ada perubahan sikit. hopefully akan berubah persepsi derang ni inshaAllah..
whoa..ade tazkirah about saf! menarik ituh. should have this tazkirah byk2 kat surau di kampung2, pedalaman2 yang ramai orang2 tua masih tidak dapat penjelasan yg baik pasal bende ni..
tapi ade yg kata takde guna dah nak betulkan orang yg dah tua..betulkan yg muda je
betul. should this kind of tazkirah bagi kat semua masjid so semua dapat faham. but phase to phase la kot kan.
yang tak dapat nak ikut, takpelah. susah nak ubah fikiran orang yang dah lama dengan fahaman tu kan.
sikit2 lame2 jadi bukit~~
anyway, terkejut jugak ada tazkirah macam ni... satu perubahan untuk jangka panjang inshaAllah
Post a Comment