Mar 17, 2010

Mouse = tikus or tetikus?


Bismillahirrahmanirrahim...

-alhamdulillah dah selesai
quarter kedua saya, inshaAllah tinggal quarter terakhir (hoping inshaAllah!)

Sejak beberapa bulan ni, saya terasa agak kaku di depan
laptop kadang2. Sebab pergerakan pointer terbatas gara2 tiada mouse. Cordless Mouse Logitech saya tinggal di Malaysia, kenapa tinggal saya pun kurang pasti... hehe~


Yang pasti
mouse tu dah banyak berjasa, sampaikan penutup bateri dia dah patah. Maka asyik terbuka jela bila terjatuh. *saya memang tak reti jaga barang. cellphone dah tak terkira jatuh berapa kali, alhamdulillah masih tahan lasak walaupun dah hampir 2.5 tahun. =D. belum cerita kamera yang tak sampai setahun T_T*

Kalau semua sedar, atau pernah mengalami, dulu komputer tak menggunakan
mouse. Taktahu lah memori ni betul ke tak, tapi saya rasa saya main game dulu kat komputer pakai keyboard je.

Pertama kali
mouse diguna di Windows pada tahun 1964, dicipta oleh Douglas Engelbart.

"It was nicknamed the mouse because the tail came out the end," Engelbart revealed about his invention. His version of windows was not considered patentable (no software patents were issued at that time), but Douglas Engelbart has over 45 other patents to his name. (taken from here)

Pentingnya benda2 hi-tech dalam hidup saya ya? hehe, saya selalu berdoa barang2 yang kebanyakannya free of charge (hadiah, package, keperluan) diguna untuk benda2 baik
sahaja (note the bold). Tak mahu dicacat cela dengan benda2 munkar, tapi kadang2 ada juga tersesat dimana2.

Sahamnya semua yang terlibat dapat kan?
Saya yang dapat barangnya kenalah guna seperti yang diharapkan. Amanah!


Ayah dan Mak yang banyak menyumbang, saya tak mahu sia2kan pemberian mereka dengan benda2 lagha. InshaAllah saya gunakan sebaiknya untuk Islam. =)

ps: I was inspired to write about this invention after watching this 1001 Inventions!




No comments: