Oct 10, 2011

Apa makna Islam dalam diri anda?

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada 2 senario:

Senario 1:
Seorang pemuda ni berusaha sungguh2, kumpul duit sedikit2. Target dia - nak membeli sebuah kereta untuk kegunaan hariannya. Akhirnya selepas beberapa tahun, dia berjaya juga membeli sebuah kereta kecil lagi bergaya, MyVi Elegance.

Oleh kerana dia mendapat sebuah kereta dengan susah-payahnya selama bertahun2, dia menjaga keretanya dengan sangat baik. Dicuci setiap minggu, tak pernah terlepas masa untuk servis kereta, sentiasa pastikan kereta dalam keadaan baik.

Senario 2:
Pemuda kedua ni pada suatu hari melihat sebuah iklan peraduan teka jumlah ketupat dalam sebuah kotak. Hadiah utamanya - MyVi Elegance. Dengan niat hanya suka2, dia pun menyertai peraduan tersebut. Dan dengan izin Allah, dia memenangi MyVi itu...

Rasanya kan, bila dapat kereta semudah itu, adakah pemuda ini akan menjaga keretanya setekun pemuda pertama tadi? Macam tak kan?

Oleh kerana MyVi Elegance ni cuma kereta keduanya, maka dijaganya kereta ini dengan sambil lewa - servis kereta hanya cukup syarat, tunggu rosak baru terkial2 nak pergi bengkel sedangkan minyak hitam dan tayar tak diperiksa secara berkala.

-----------

Benda yang kita dapat mudah, biasanya kita tak jaga dengan sepenuh hati. Tak sayang macam kita sayang benda yang kita dapat dengan hasil penat lelah kita.

Sama macam Islam kita...

Kita tengok ramai muallaf yang sangat kuat imannya, kita sendiri malu dengan diri sendiri yang tak beramal sehebat Muslim Baru ni. Mereka yang pergi berda'wah, mereka yang memenuhkan surau/masjid, mereka di mana2. Kita? Sibuk bermain game, bekerja overtime tak habis2 tanpa fikir tanggungjawab masyarakat.

Kita (or at least, saya sendiri) dapat Islam dengan mudah, adakah mahu jadi seperti pemuda kedua yang mengambil mudah dengan apa yang dimilikinya dengan senang?? Jangan sekali-kali mengambil tanggungjawab Islam anda dengan mudah!

Buat muallaf, atau yang telah lama memeluk Islam - saya memang sangat kagum dengan anda yang berusaha menegakkan Islam di bumi Allah ini. Semoga lebih ramai yang akan bersama2 memantapkan lagi usaha kita inshaAllah.... :)

-- Ini adalah huraian saya dari kisah di segmen Muslim Profesional di IKIM.fm Selasa, 10 Oktober 2011.

No comments: