Oct 27, 2011

What are friends for?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alkisahnya, saya dan kawan2 se-company keluar makan bersama lepas tidak bertemu selama sebulan lebih (satu company tapi tak jumpa sebulan? how come?)....

Sebelum dapat makan, sempatlah kami sesat bersama2 dulu, agak lama sampai 1/2 jam mungkin... Akhirnya, alhamdulillah sampai juga di Puncak Mutiara, Kg. Pelet, Bukit Mertajam. (apa kes cari kedai jauh2 ni? sila google untuk tahu :) )

But my friends are awesome! :D

Selamat makan sedap2, kami pun bergerak pulang. Alhamdulillah saya tak keseorangan, tiba lagi satu ujian selepas sesat mencari kedai makan - kalini tayar kereta pancit! Dengan ada kawan2, mereka bertungkus lumus macam nak sama2 juga pasang tayar spare walaupun tayar tu satu je. Ada juga, kumpulan budak2 lelaki naik motor datang berhenti tolong pusingkan jack tu (maybe dah tengok kitorang pusing slow sangat... hehe). Lagi terharu, budak2 ni taknak terima langsung duit 'upah' siap terus jalan naik motor, takkan nak kejar kan?

Kereta lagi satu pun menemani kereta saya yang tak dipandu laju kerana tayar spare ni agak kecil, takut pula nak 'speeding'. Kawan2 saya ni tolong pam tayar spare tu kat stesen minyak... Pening sama2 bila pam tu taknak berfungsi betul2....

Memang adventurous eating-out kalini!

Kesimpulan kat sini... kawan yang baik takkan tinggalkan kawan dia susah seorang2, atau buat muka tak puas hati bila ada masalah. Lagi bagus, berpusu2 nak tolong ringankan masalah. Ya Allah, kekalkanlah kemesraan hati2 ini... Semoga persahabatan kami atas redha Allah, ameen~

ps: Akhirnya selamat la melayang RM1xx menggantikan tayar yang leper tu.

No comments: