Dec 18, 2011

Hijrah Menuju Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim...

Coretan nota di sini untuk tatapan siapa2 yang datang. Tak banyak, sedikit pahala berkongsi juga mungkin 1 point yang mengubah sesuatu dalam hidup manusia.. betul tak? :)

Minggu lepas selepas kerja, berkesempatan singgah di Surau An-Nur, Lebuh Nipah, PP untuk berbuka puasa sempena Hari Ashura. Alhamdulillah, selepas Maghrib ada tazkirah daripada Bro. Kamaruddin Abdullah. Pertama kali dengar speech brother ni, memang la bersemangat. Dengan gurauan spontan beliau, pandai menarik hati pendengar.

Kisah Otak Manusia
Otak manusia ada 3 trillion sel, cuba bayangkan sel2 tu besar mana? Haa... doktor tu cerita pada Bro. Kamaruddin ni, kalau nak dibandingkan, sebiji komputer pun masih tak dapat lawan 1 sel (SATU sel je) dalam otak kita. Betapa hebatnya kebesaran Allah, Allah jadikan setiap sel dalam diri kita ni ada fungsinya. Bukan dicipta dengan sia2.

Sanggupkah kita masih lagi melawan perintah pencipta kita?

Kisah burung

Burung Godwit
Burung ini terbang 35000 kaki atas paras laut. Paras ini adalah ruang udara Jet Stream yang kurang merbahaya, kurang rintangan angin dan gangguan cuaca. Boleh rujuk di sini.


Ketika musim migrasi, burung Godwit terbang 9 hari 9 malam tanpa henti ke New Zealand dari Alaska. Dan selepas 3 bulan, kembali ke Alaska, tempat asal mereka.

Pilot belajar di universiti, burung2 ni? Hanya daripada Allah!
And kapal terbang biasa takkan boleh terbang 9 hari tanpa henti, tapi burung ni?
Siapa yang beri tenaga yang cukup pada burung2 ni? Hanya Allah!

Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satu, yang kamu henda dustakan? (Surah Ar-Rahman)

5 comments:

[MH] said...

subhanallah ...


:)

Deremind said...

kannn... :)

ps: I missed u!

deen said...

Walaupn banyak dosa2 yang kte lakukan, tp lbh banyak ni'mat2 yang Allah berikan. Subhanallah! ^^'

deen said...

Ni'mat paling besar sekali yang Allah berikan! ^^ http://www.youtube.com/watch?v=6oxwgkd6lno

Deremind said...

subhanallah video ni sangat menyentuh jiwa. Semoga kita berada dalam golongan yang sentiasa bersyukur, ameeen.