Feb 3, 2013

Izzah

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa mula2 bekerja dulu, saya dah sedar yang saya akan bekerja di tempat yang didominasi oleh golongan bukan belum Islam. Maka saya terasa tanggungjawab bertambah selain bekerja - menyampaikan Islam kepada mereka.

Tapi saya tak reti berkata-kata. Peramah bercerita sana-sini.

Namun, alhamdulillah.. ada teman sekerja yang kadang2 bertanya tentang apa yang saya lakukan -

kenapa saya berpuasa, sedangkan sekarang bukan bulan puasa?
kenapa saya perlu solat?

Itu antara cara biasa lah kan. Mereka datang bertanya dahulu, lalu kita menyampaikan.

Saya sendiri, nak mula dari mana?

Sejak beberapa lama diberi tugasan di bahagian testing, saya belajar sesuatu dari rakan sekerja yang juga Muslim.

Dia tak kisah sebut Astaghfirullah, Bismillah, Assalamualaikum, ketika bekerja dengan non-Muslim.

"Astaghfirullah, apa u buat ni?"
"Innalillah, tamat sudah riwayat board ni...."

Memanglah sepatutnya tak perlu rasa apa2 bila bercakap dengan mereka, cuma kadang2 mungkin kita terasa yang tak perlu menyebut kuat2 (atau sebut dalam hati je) bila berhadapan dengan golongan ini.

Mungkinkah...
Mereka akan tertarik bila kita menyebut 'kata2 keramat' tu, dan mahu bertanya lagi?

Mungkinkah...
Mereka akan tersentak, seperti Umar mendengar ayat Quran bacaan adiknya dahulu?

Allahua'lam~

Cuma pandangan saya, bila kita mengaplikasi amalan2 tersebut di mana saja, kita akan lebih merasakan izzahnya kita pada Islam. Rasa lebih lagi mahu menyampaikan ajaran Islam.

Islam memang best, kenapa nak simpan sorang2? :)

No comments: