Apr 8, 2013

Pilih yang mana?

Bismillahirrahmanirrahim...

*Saya tahu saya dah lama tak meng-update blog ini secara berkala. Sedang mencari motivasi untuk kembali menulis inshaALlah - walaupun berapa kerat je yang melawat agaknya...

Kalau di Malaysia, bahang Pilihanraya Umum ke-13 sudah cukup terasa. Saya mengundi di Selangor walaupun sudah 2 tahun bertapa di Pulau Pinang (masih sayang tanah tempat membesar...).

Pastinya semua sedang berkira-kira mahu mengundi yang mana. Mahu pilih kerajaan sekarang atau pembangkang? Atau malas nak mengundi? Atau mungkin tak daftar langsung... -__-

Pada saya, juga pendapat kebanyakan orang hebat2, wajiblah anda yang layak untuk mengundi. Kalaupun anda fikir, "alaah.. satu undi je, tak ada kesan pun" - anda silap.

Anda mungkin:

  • Mengurangkan jumlah majoriti yang mungkin memberi kesan kepada kiraan semula atau kemenangan sebuah parti
  • mempengaruhi orang lain untuk tidak mengundi juga, maka bertambah la orang yang tak mengundi walaupun layak.
  • telah meninggalkan kewajipan anda untuk memilih pemerintah yang adil dan berwibawa untuk memimpin negara anda...


Yang penting, buatlah research sedikit dari kedua-dua belah pihak (parti pemerintah & pembangkang) supaya penilaian anda lebih telus dan meluas. Kemudian, sebelum mengundi, istikharah sebanyaknya. Tenang hati, pilihlah calon yang terbaik buat diri anda.

ps: Macam nak pilih calon teman hidup pulak rasanya...

No comments: