Jun 24, 2013

sebulan mencari

Bismillah...

Dah sebulan lebih aku bertukar tempat bermastautin. Alhamdulillah sebulan juga aku cuba sesuaikan diri balik dengan hidup 'orang KL' yang dah lama tinggal.

Urusan-urusan tanggungjawab di Penang baru saja selesai, cuma tinggal benda-benda kecil yang perlu ku pantau. Selainnya, sudah aku 'passdown' pada orang tetap di sana.

Dalam sebulan aku tinggalkan Penang, adik-adik sibuk bertanya..

A: Akak, kami dah ada naqibah baru ke?
B: Akak akak, bila kami nak sambung usrah?
C: Akakkk... ada budak baru nak join usrah ni. Macam mana?

Aku yang bergerak agak 'slow' ni dibuai diri cuba menyesuaikan hidup yang 'jam & sakit kepala' - baru terkial-kial nak buat kerja dengan lebih pantas. Dengan kudrat yang kurang bertenaga berbanding bulan-bulan lepas... huhu.

Maka adik-adik,
Naqibah-naqibah baru anda nampaknya dah bersedia, menanti masa adik-adik available saja.

Akak rindu semangat korang~

No comments: