Jan 13, 2012

Ready tak?

Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan "Tartil". (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masingmasing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 1- 6)

Dari semasa ke semasa, dalam kita sibuk berusrah, berda'wah sana-sini - kita perlu ada masa sendiri untuk duduk dan bermuhasabah. Bersihkan jiwa dari perkara dunia yang mengotorkan...

Jadi, masa untuk bersendiri ni - bertahajjudlah di separuh malam terakhir. Masa ni lah nak hubungkan hati dengan Allah SWT. Masa paling best untuk muhasabah diri sendiri, dekatkan diri pada Allah.... Bila lagi masa yang paling tenang kan? :)

This is post-usrah presented by Ms.Z. hehe.. benda yang susah kita nak buat, tapi paling sweet kalau dapat buat. SubhanaLlah kann....

ps: This a main reminder for me.

2 comments:

Anonymous said...

sepatutnya dari SEmasa ke semasa... :P -smk97-

Deremind said...

hahha okkk. edit2.