Mar 5, 2012

Nak tambah rezeki?

Bismillahirrahmanirrahim....

Taken from Majalah I February edition, ada 8 amalan penambah rezeki yang boleh kita amalkan setiap hari.

1. Memperbanyak istighfar & bertaubat

Kata Allah dalam Al-Qur'an: "Maka Aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.' " (Nuh: 10-12)

Kita nak tambah rezeki, hati dan jiwa kita juga kena bersih kan? Barulah Allah lebih sayang dan menggandakan rezeki kita :)

2. Meningkatkan ketaqwaan

Firman Allah SWT: "... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (At-Talaq: 2-3)

3. Gemar menyambung silaturrahim

Hadith Rasulullah saw: "Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim." (Bukhari & Muslim)

Meihat orang lain gembira bukankah satu nikmat untuk kita juga? ;)

4. Gemar mendermakan harta

Allah berfirman: "Katakanlah: 'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya)'. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (Saba':39)

Ni yang selalu kita dengar kan? Harta yang diberi kerana Allah, pulangannya pasti berlipat kali ganda!

5. Membiasakan ibadah dengan benar

Hadith Qudsi Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman: 'Wahai anak Adam, sibukkanlah untuk beribadah kepadaKu, nescaya akan Aku penuhi dadamu dengan kekayaaan dan Aku tutup kefakiranmu. Jika tidak kamu lakukan nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukan dan tidak Aku tutup kefakiranmu.' " (Ahmad)

Pernah tak rasa bila kita sibuk sangat bekerja sampai terlambat solat fardhu, tak pergi solat berjemaah, tak ambil sikit masa nak solat sunat? Tapi walaupun dah banyak masa kita ambil untuk kerja, hasilnya masih tak seberapa. Rasa2 kenapa? Bila kita luangkan masa untuk ibadah, Allah akan mudahkan jalan kita dalam kerja2 kita, dalam usaha kita mencari rezeki...

6. Menunaikan ibadah haji dan umrah

Rasulullah saw bersabda: "Lakukanlah haji dan umrah, kerana keduanya akan menghapus kefakiran dan dosa sebagaimana api menghilangkan karat besi, emas, dan perak." (Ahmad)

7. Hijrah di jalan Allah (fi sabilillah)

Di dalam Al-Qur'an, Allah berfirman: "Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An-Nisa:100)

8. Tawakkal kepada Allah

Hadith Rasulullah saw: "Seandainya kalian mahu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberi rezeki, pagi-pagi dia dalam keadaaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang." (Ahmad & Tarmizi)

Apa2 pun usaha kita, yang penting di akhir usaha mesti ada tawakkal yang sepenuhnya pada Allah. Walau macam mana hebat usaha kita, Allah yang tentukan kita berjaya atau tak.... :)


Allahua'lam. ;) Selamat beramal. Semoga dengan bertambah rezeki kita, semakin kuat taqwa kita pada Ar-Razzaq inshaAllah~

No comments: